SEMAKAN KEPUTUSAN MUET AKHIR TAHUN 2011

SEMAKAN KEPUTUSAN MUET AKHIR TAHUN 2011 KHAMIS INI
Tarikh pengumuman keputusan muet akhir tahun 2011
Perhatian kepada adik, kakak dan abang yang mengambil ujian MUET atau yang lebih dikenali sebagai Malaysian University English Test dalam bahasa penjangnya. Untuk pengetahuan semua, keputusan MUET akhir tahun 2011 akan diumumkan pada tarikh 12 Januari 2012 iaitu hari khamis ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia(MPM) telah mengeluarkan kenyataan itu hari ini. Calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan itu terus di sekolah dan institusi masing-masing dan manakala calon persendirian boleh mendapatkan keputusan secara pos.

Selain itu calon juga boleh menyemak keputusan MUET melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET dan menghantarkannya ke 15888, mulai jam 12.01 tengah malam 12 Januari ini dan melalui 'online' dengan melayari portal MPM, www.mpm.edu.my mulai 9 pagi tarikh 12 Januari 2012

Maklumat tambahan: Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET mereka, boleh membuat rayuan semakan semula dengan bayaran sebanyak RM70 dan tarikh tutup rayuan ialah 27 Januari ini

2 comments.. read them below or add one

Tanpa NamaTanpa Nama 10 Januari 2012 10:04 PTG
saya jugaaa...