15 Jan 2012

TAHNIAH!!! LEE CHONG WEI JUARA BADMINTON TERBUKA MALAYSIA 2012

KEPUTUSAN PENUH BADMINTON TERBUKA MALAYSIA 2012
lee-chong-wei
Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei hari ini membawa pulang USD30,000 apabila muncul juara Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2012 apabila dengan mudah menundukkan lawannya dari Jepun iaitu Kenichi Tago secara straight set.

Dalam perlawanan akhir itu, Chong Wei dengan mudah menundukkan lawannya dengan keputusan 21-6 pada set pertama dan 21-13 pada set kedua. Perlawanan yang berlangsung selama 36 minit itu menyaksikan Chong Wei dengan mudah menguasai perlawanan.

Kemenangan Chong Wei kali ini melengkapkan 8 kali rekod beliau memenangi Terbuka Malaysia. Tahniah diucapkan kepada pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei.

2 ulasan:

hawiz berkata...

tahniah...malaysia!!..

AMMAR YASIR berkata...

Malaysia Boleh!!!