TARIKH PILIHANRAYA UMUM KE 13

TARIKH PILIHANRAYA UMUM MALAYSIA KE-13 TAHUN 2012
pilihan-raya-umum-13-2012-300x225Dilihat sebelum ini ramai pakar-pakar dan pemerhati politik meramal tarikh Pilihanraya Umum Malaysia Ke 13, tetapi banyak yang tidak tepat.

Sebelum ini ramai yang meramal bahawa tarikh pembubaran akan berlaku pada tarikh keramat iaitu 11.11.2011 tetapi ianya tidak tepat sama sekali. Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak masih belum bersedia untuk membubarkan parlimen pada tarikh tersebut.

Selepas itu teka-teki demi teka-teki semakin bermain di minda rakyat Malaysia. Persoalan di sini bilakah tarikh Pilihanraya Umum Ke 13 akan berlangsung? Jawapan yang paling tepat hanya ada pada Perdana Menteri sahaja.

Namun, baru-baru ini ada beberapa fakta yang mengatakan bahawa tarikh pilihanraya akan berlangsung pada suku tahun 2012 iaitu antara bulan Februari dan April 2012.

Dalam satu notis yang dikeluarkan oleh Pegawai Daerah Klang (gambar diatas) mengarahkan supaya semua sewaan Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang untuk sebarang majlis termasuk perkahwinan bagi bulan Januari, Februari, Mac dan April 2012 ditutup buat orang ramai.
 
Ini adalah bertujuan untuk persediaan Pilihanraya Umum ke 13 yang bakal berlangsung pada bila-bila masa sahaja. Sudah pastilah Pegawai Daerah tersebut telah menerima 'hint" atau isyarat dari pihak atasan mereka sebelum bertindak mengeluarkan arahan tersebut. 
 
Ini merupakan salah satu tarikh ramalan bahawa pilihanraya akan berlangsung pada suku tahun 2012. Namun kesahihan belum diketahu lagi.



2 comments.. read them below or add one

hawiz hawiz 3 Januari 2012 10:52 PTG
buat la bln april...leh smbut my besday..yeay..