2 Jan 2012

USTAZ AZHAR IDRUS DIGELAR AGEN IBLIS?!!

DAKYAH HARAM !! SESAT !5
Sekarang kecoh mengenai isu dimana Ustaz Azhar Idrus(UAI) difitnah oleh seorang blogger melakukan dakyah haram dan sesat. Hal ini ini demikian kerana UAI bermain gitar pada malam sambutan tahun baru 2012 dan blogger itu mengeluarkan pandangan beserta hadis(sahih ke?) bahawa perbuatan UAI adalah haram di dalam Islam. Gambar diatas diambil daripada blog yang mengeluarkan isu ini.

Seperti sedia maklum, pada malam sambutan tahun baru 2012 telah berlangsungnya dua majlis sambutan ulangan tahun secara besar-besaran iaitu di i-City dan Dataran Shah Alam. Di dalam post kali ini Ammar bukan untuk bercerita mengenai politik tetapi Ammar ingin menjelaskan kepada semua yang membaca post ini perbezaan sambutan tahun baru 2012. Untuk melihat secara jelas mengenai isu ini sila lihat gambar dibawah.

Beza sambutan tahun baru 2012
PROGRAM di I-city diwar-warkan melalui radio tv arus perdana...program anjuran kerajaan negeri yg disulam dgn agama mengapa tidak dipromosi..??..jgn bercakap soal siapa penganjur..tapi bicara hendak dibawa kemana anak-anak muda islam amnya negara ini..??..24 jam hiburan...ini yg sepatutnya diambil perhatian oleh NGO seperti PERKASA..!!..bukan terlalak kesana-sini maki ANWAR IBRAHIM..!! (Petikan daripada facebook)

Kelihatan seperti sesuatu yang tidak adil dan bodoh apabila seorang blogger mengutuk majlis yang berlangsung di Dataran Shah Alam pada awal tahun 2012 tetapi pada majlis konsert sambutan awal tahun 2012 di i-City langsung tidak dikutuk. Kita mempunyai akal fikiran yang waras selalunya akan berfikir yang mana baik dan yang mana buruk. Berdasarkan info yang diterima, hampir 60,000 pengunjung yang hadir di Dataran Shah Alam dan 20,000 yang hadir di i-City pada malam sambutan awal tahun 2012. Disini jelaslah bahawa ramai manusia-manusia yang mula pandai berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.

Malah ada juga penyokong UMNO yang kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh blog itu.
Komen mengenai UAI
Janganlah kerana terlalu fanatik kepada parti politik sehingga kita menggadai maruah agama. Kita mempunyai akal fikiran yang waras seharusnya berfikir secara waras dan tidak mudah percaya dengan tulisan “sampah” seperti blogger ini.

KLIK SINI UNTUK KE BLOG BLOGGER AAKJ
UMNO

8 ulasan:

laskar pelangi berkata...

dasyat -.-

Pembawa_Wacana berkata...

adoyai.... ni isu agama... bukan parti... Kenapa nak campor hal parti?? Blogger AAKJ kurang ilmu agaknya... Yang pasal gitar tu jer yang dia nampak.. yang lain? Haih...:)

Video Full Soal Jawab Zizan dan Ustaz Azhar Idrus di Dataran Shah Alam...

http://wacanaku2009.blogspot.com/2012/01/video-full-soal-jawab-ustaz-azhar-idrus.html

riffzam berkata...

terlalu taksub dgn ideologi politiknya sehingga lupa adab dan akhlak serta lantang mengeji saudaranya. blogger tak akhlak tu. trafik tunggu bkn nak baca hasil tulisan tapi semua nak mengutuk tindakan dia. dasar penagih populariti blogger AAKJ tu.


Cetek Atau Taksub?

riffzam berkata...

*typo : tunggu = tinggi.

tak akhlak = tak ada akhlak.

Mohamad Fitri berkata...

Subhanallah=(
Apa dah jadi dengan orang kita sekarang ni
Suka sangat menfitnah

Miera Aziz berkata...

Dah baca blog tuuuu. Terang lagi bersuluh menuduh pihak yg "lain" dgn menggunakan "agama" sbg bahan uji. Padahal.............. Hmmm.

Zyand Ashand berkata...

Klau nak tgk video ustaz Azhar Idrus & Zizan pada malam Countdown 2012 yg full dlm HD try la tgk kt cni..
kualiti video tip top

http://zyandashand.blogspot.com/2012/01/full-video-ustaz-azhar-idrus-dan-zizan.html

SHARING IS LOVING!!

NSH berkata...

serius bodoh blogger yg kritik UAI tu. wahhh die alim sgt ke? moga2 dibukakan hati org tu utk bertaubat:)