ZAQUAN ADHA MENGANDUNGKAN GADIS?

RITA RUDAINI DAN ZAQUAN ADHA BERGADUH DI TWITTER
zaquan-adha
Sekarang ni kecoh di twitter apabila pemain bolasepak kebangsaan Malaysia iaitu Zaquan Adha bergaduh dengan kakak iparnya iaitu Rita Rudaini. Sekarang ini bergaduh di alam maya seperti di laman sosial facebook dan twitter sudah menjadi trend artis-artis di Malaysia. Dimana silapnya?

Setakat ini belum ada sumber yang sahih mengenai punca pergaduhan mereka berdua ini. Apa yang memalukan apabila Rita Rudaini turut menulis di twitternya bahawa adik iparnya, Zaquan Adha telah mengandungkan gadis yang disebut sebagai “budak M”. Selain itu, Rita Rudaini turut menulis bahawa Zaquan Adha menyuruh gadis yang mengandungkan anaknya itu menggugurkan kandungan itu.

Sejauh manakah kebenaran cerita ini? Adakah Zaquan Adha benar-benar telah mengandungkan gadis orang atau ini sekadar cerita yang tidak betul yang dilemparkan oleh Rita Rudaini kepada adik iparnya itu? Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya. Sesungguhnya membuka aib seseorang adalah sesuatu dosa.

Ikuti printscreen pergaduhan Rita Rudaini dan Zaquan Adha di Twitter:
zaquan-rita1zaquan-rita2zaquan-rita3

Sungguh memalukan keluarga apabila pergaduhan sebegini diceritakan di twitter kerana semua orang boleh membaca. Siapa yang akan malu? Semestinya keluarganya iaitu ibu bapa dan saudara mara yang lain.

{ 13 comments.. read them below or add one }

teyhasahaje a.k.a NURUL teyhasahaje a.k.a NURUL 11 Januari 2012 4:05 PTG
haha td ade dga kat radio..kes ni rupenye..haishh pas khairul fahmi..xmemasal lak pemain bola kesygn kite ni hots dgn gosip..puihhh hiuhihi
THE LEKAT LEKIT STORY THE LEKAT LEKIT STORY 11 Januari 2012 4:06 PTG
entri ni pun ala2 mengaibkan.. belum ada bukti sahih tp dh di sebarkan. hurmm.. apapun kemelut family dorang ni nampaknya blm tamat
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 11 Januari 2012 4:36 PTG
teyhasahaje a.k.a NURUL: Diorang ni memang suka hot hot.
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 11 Januari 2012 4:36 PTG
THE LEKAT LEKIT STORY: Bukan ala-ala... tapi memang mengaibkan pun. Blogger kan suka buka aib orang. Tak gitu?
Rozuan Ismail Rozuan Ismail 11 Januari 2012 9:38 PTG
conclusion. kebanyakan artis kahwin semua tak kekal.bergaduh adik beradik. entah apa2.nak sangat satu dunia tahu.hampeh
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 11 Januari 2012 10:05 PTG
Rozuan Ismail: Biasanya macam tu lah. Asyik cerai je
ainol akasyah ainol akasyah 12 Januari 2012 12:30 PTG
kuang kuang kuang .. x abes lg upe nye masalah diorang nie .. mmg naik la rating melodi or srt khabar mne2 lpas ni kala diorg follow up cite ni
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 13 Januari 2012 1:13 PG
ainol akasyah: aRTIS kan suka kontroversi
Tanpa NamaTanpa Nama 26 Januari 2012 10:53 PG
alaa..... diaorg gurau2 ipar duai je tu..... xyah amik port derrr.....