74 MAUT ANGKARA BOLA SEPAK

rusuhan bola sepak di mesir
Sekurang-kurangnya 248 orang cedera dan 74 orang maut dalam rusuhan bola sepak di mesir. Kejadian itu berlaku apabila penyokong bola sepak turun ke padang sejurus selepas pengadil meniup wisel penamat. Perlawanan antara pasukan al-Masri selaku tuan rumah menewaskan al-Ahly dari Kaherah. Perlawanan berkesudahan 3-1.

Oleh kerana ramai yang menyertai rusuhan itu akhirnya polis anti rusuhan tidak dapat mengawal keadaan dan mengakibatkan rusuhan itu bertambah buruk.

74 maut kerana bola di mesir
Insiden rusuhan penyokong bola sepak ini merupakan insiden terburuk dalam sejarah bola sepak Mesir dan dunia semenjak tahun 1996. Ada salah seorang pemain berkata “ Ia seperti dalam peperangan”.

Alhamdulillah kerana sejarah Malaysia tidak pernah meragut sebegini ramai penyokong bola sepak. Semoga penyokong bola sepak di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya mengambil iktibar daripada insiden terburuk dalam sejarah ini. Jadilah penyokong yang berfikiran positif dan janganlah terlalu mengikut perasaan. Adat pertandingan ada yang menang ada yang kalah. Dunia sepatutnya mengutuk sekeras-kerasnya rusuhan sebegini supaya ianya tidak berulang lagi.

{ 8 comments.. read them below or add one }

CekbOlat-bOlat CekbOlat-bOlat 3 Februari 2012 1:04 PTG
hurmm.. kerana bola nyawa terkorban..

pstt : buatlah pop up wndow coment ^^
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 3 Februari 2012 3:04 PTG
Owh, yeke? Suka pop up ek? Ok2 nanti Ammar tukar k
Fyzal Fyzal 3 Februari 2012 3:45 PTG
emo tk bertempat geng tu. tak pasal2 mati kat stadium.
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 3 Februari 2012 3:56 PTG
Fyzal: Kerana terlalu mengikutkan perasaan
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 3 Februari 2012 5:19 PTG
-gedek!: Mujur kat Malaysia tak macam ni.
Reena Sharon Reena Sharon 3 Februari 2012 6:34 PTG
Kalo kat Malaysia macam nih...takut nak bawa family g Stadium...
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 3 Februari 2012 6:37 PTG
Reena Sharon: Biarlah tak pergi stadium pun kalau macam ni