6 Feb 2012

BAPA TIDAK TAHAN DENGAN KONTROVERSI YANG SERING MELANDA APEK

imageggotBapa manakah yang tidak terasa apabila anaknya sering dikaitkan dengan kontroversi. Itulah yang dialami oleh bapa kepada penjaga gol kebangsaan Malaysia Che Mat Hussin, 60. Che Mat kecewa dengan kontroversi yang selalu dikaitkan dengan anaknya, Khairul Fahmi(Apek).

“Kami tertekan hingga ada pihak menuduh saya tidak pandai menjaga anak”, kata Che Mat Hussin, mengenai penyebaran fitnah terhadap anaknya yang juga penjaga gol kebangsaan.

Sebelum ini Khairul Fahmi Che Mat sering dilanda kontroversi dan yang terbaru dia dikaitkan dengan punca terputusnya ikatan pertunangan anak lelaki seorang usahawan terkenal di Kelantan. Ikatan pertunangan terputus selepas 28 hari pasangan itu bertunang. Ada pihak yang menuduh sebab wanita yang memutuskan pertunangan itu adalah kerana tergilakan Apek. Namun semua itu adalah satu fitnah kepada Khairul Fahmi. Ikuti berita selengkapnya KLIK SINI.

8 ulasan:

Yana Libra berkata...

Macam-macam skang ni~~

Huda berkata...

tulah kan, cukup2 la pasal gosip tu, esok lusa kalau dia dah tension pastu berenti main bola, kita gak rugi..

AMMAR YASIR berkata...

Yana Libra: Dunia tanpa sempadan

AMMAR YASIR berkata...

Huda: jANGAN2...Rugi nanti

Raden berkata...

last2 aku gak yg kawen dgn apek ni kang.....

AMMAR YASIR berkata...

Raden: Harap2 macam tu lah. Hahahaha... Apek berkahwin dengan blogger.

Rozuan Ismail berkata...

aku rasa apek dah wajib kahwin.harta dah ada.nak elak fitnah better kahwin

AMMAR YASIR berkata...

Rozuan Ismail: Setuju 100% ngan PCB. Memang wajib kahwin