BATAL NIAT

cool1

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca setia Blog Ammar.

 

Alhamdulillah hari ini cuaca sekitar UPM ni kelihatan baik dan nyaman. Suatu rahmat yang Allah berikan untuk semua yang tidak dapat kita kecapi tanpa kehendak-Nya. Kata orang kita hanya mampu merancang tetapi perancangan Allah melebihi segala-galanya dan segala keputusan atas rancangan kita itu ditentukan oleh Allah S.W.T.

 

Semalam Ammar ada buat satu entri DI SINI dan semalam juga Ammar bercadang untuk bercuti ke Genting Highlands pada hari ini, namun niat untuk ke sana terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Jelaslah di sini bahawa segala perancangan kita ditentukan oleh Allah S.W.T dan bukanlah kita yang tentukan sendiri.

 

Satu yang perlu diingat, mungkin ini ada hikmah disebaliknya. Insyaallah kalau tiada halangan dan rintangan Ammar akan pergi bercuti ke Genting Highlands pada masa akan datang. Hanya Allah sahaja yang dapat menentukan segalanya. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.

2 comments.. read them below or add one

Yana Libra Yana Libra 20 Februari 2012 3:28 PTG
Takpe, leh g len kali..mesti ada hikmahnye kan~~ :D
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 20 Februari 2012 3:42 PTG
Yana Libra: Ermmm...nk pergi lain kali.