2 Feb 2012

BLOGGER OKU

DSC_2209

Cerita blogger OKU bermula semalam apabila aku on the way ke KL. Biasalah kalau dari Serdang nak ke KL mesti kena naik komuter dulu lepas tu baru naik LRT. Sesampai aku di KL Sentral aku terus ke medan selera untuk sarapan. Lepas makan terus cari toilet sebab tak tahan dah nak kencing. Masuk je tandas tengok ada orang ramai duk tunggu giliran. Aku pun terus batalkan niat nak kencing.

 

Terus ke pintu masuk LRT tapi nak guna “touch n go” tak boleh sebab topup dah habis. Lepas tu terpaksa lah aku beratur kat kaunter untuk beli tiket. Masa beratur tu sedikit hairan sebab yang beratur untuk beli tiket dekat kaunter sikit je tapi yang beratur untuk beli tiket dekat mesin tiket pulak ramai. Biasanya orang ramai beli tiket dekat kaunter tiket tapi semalam…lain macam je aku tengok.

 

Tibalah giliran aku untuk beli tiket. Aku cakap nak tiket ke Kelana Jaya satu lepas tu penjaga kauter tu terus cakap awak ni oku ke? Pergh!!! Tersimpul malu aku bila orang cakap aku ni oku. Barulah aku tahu sekarang untuk beli tiket dekat kaunter hanya oku. Geram betul. Nape tak cakap awal-awal atau tulis je dekat kaunter tu hanya oku. Aku malas nak beratur beli tiket dekat mesin aku pun terus topup touch n go. Senang cerita. Pakai touch n go lagi mudah.

8 ulasan:

Rozuan Ismail berkata...

sekarang ni bukan pakai token ke kalau naik lrt

Yana Libra berkata...

Malu je~~ :P

saya pun tak tau..hehe..

AMMAR YASIR berkata...

Yep..pakai token. Huhuhuhu..baru je tahu

AMMAR YASIR berkata...

Memang malu pun. HUHUHUHUHUHUHU

bebeldotsorang berkata...

Pergh dh lama siot tak naik LRT...klu nk beli dkt kaunter hanya utk OKU saja?pergh parah huhu

AMMAR YASIR berkata...

Memang parah pun. Huhuhuhuhu... Jem jem

Cik FaRiZaM berkata...

huhuh kene mengikuti perkembangan sms k.hehe~ guna t n g lg sng tp make sure kene ada je duit

AMMAR YASIR berkata...

Hahahaha....ermmm...betol tu.. guna t n g lagi senang. Dah topup dh. Senang sikit nak naik LRT. hUHUHUHU