CINCIN KAHWIN DAN BAJU BERDARAH GADDAFI RM6 JUTA

11102110
Cincin perkahwinan dan baju berdarah yang dipakai bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ketika dia dibunuh oleh anggota kumpulan penentang NTC dilapor ditawarkan untuk dijual dengan harga RM6 Juta.

Mantan pemimpin Libya dilihat memakai baju berwarna kuning air itu berserta dengan cincin perkahwinan disaat terakhir sebelum ditangkap, dipukul dan ditembak mati di kampung halamannya, Sirte.

Tawaran itu dibuat oleh warga Libya yang menyimpan baju dan cincin bekas pemimpin Libya itu. Warga Libya yang bernama Ahmed Warfali yang menyimpan barangan itu berkata dia mampu mendapatkan harga yang lebih mahal jika dijual di Eropah.

Laman ArabsToday menyiarkan imej cincin tersebut yang tertera tarikh pernikahan Gaddafi dan isterinya, Safia pada tanggal 10 September 1970. Sehingga kini belum ada pihak yang membuat penawaran terhadap kedua-dua barangan milik Gaddafi itu.

0 comment... add one now