ZAMBIA JUARA FINAL PIALA NEGARA-NEGARA AFRIKA

Zambia-vs-Ivory-Coast-13-february-2012Seperti tidak percaya dengan keputusan penuh perlawanan Final Piala Negara-negara Afrika 2012. Itulah yang terjadi apabila pasukan pilihan juara, Ivory Coast gagal merangkul gelaran juara.

Paling menyedihkan apabila Didier Drogba yang merupakan penyerang dan kapten pasukan Ivory Coast gagal menyempurnakan tugasnya. Tendangan penalti dari Didier Drogba pada minit ke-70 tersasar ke luar gawang. Sekaligus peluang keemasan terakhir dipersia-siakan.

Akhirnya keputusan perlawanan adalah seri 0-0 dan sepakan penalti diberikan kepada kedua-dua pasukan itu untuk menentukan siapakah juara. Akhirnya kelebihan gol berpihak kepada pasukan Zambia. Keputusan penuh penalti 8-7.

Kemenangan berpihak kepada pasukan bukan pilihan iaitu Zambia. Ini adalah kali pertama Zambia memenangi Piala Negara-negara Afrika. Tahniah diucapkan kepada juara.

0 comment... add one now