15 Feb 2012

INSIDEN PERGADUHAN PENYOKONG KELANTAN DAN SELANGOR DI STADIUM BUKIT JALIL

cswq8
Keputusan Liga Super Kelantan VS Selangor semalam(14/2/2012 ) menyaksikan rekod tanpa kalah pasukan Kelantan dimusnahkan oleh pasukan Selangor. Selangor berjaya menundukkan pasukan Kelantan dengan 2-1. Disebalik kejayaan pasukan Selangor mengalahkan pasukan Kelantan lain pula ceritanya yang berlaku di Stadium Bukit Jalil semalam.

Semalam telah berlakunya insiden pergaduhan antara penyokong pasukan Selangor dan Kelantan di Stadium Bukit Jalil. Menurut sumber dari MEDIA JER DOT COM, insiden tersebut berlaku ekoran provokasi yang dilakukan oleh penyokong Selangor yang menyanyikan lagu “Kelantan Bodoh” dan ada juga salah seorang penyokong Selangor menangggalkan seluar sehingga menampakkan seluar dalam ketika gol pertama Selangor yang dijaringkan oleh Safiq Rahim.
7iGhQ
Provokasi yang dilakukan oleh segelintir penyokong Selangor itu telah membuatkan rasa tidak puas hati penyokong Kelantan sehinggakan  mereka berkumpul di pintu pagar hadapan pasukan Selangor. Di dalam insiden malam semalam, dikatakan sekurang-kurangnya seorang penyokong pasukan Kelantan cedera di kepala akibat dibaling batu.
GhzaK


lgsJe
Berbaloikah kerana bola bergaduh sesama agama dan bangsa? Info lanjut KLIK SINI

8 ulasan:

ReeneeRaaid berkata...

hangin jelaa kt diaorang2 yg bertindak tak menggunakan akal. I tgk jugak bola smlm. tp xtau ada pergaduhan besar mcm ni

Rozuan Ismail berkata...

aku tak faham sesama negara pon nak bergadoh apa bodoh2 ni.kau pandai sangat ke? setakat penyoknog je kecoh, pemain ok je.

Belalang Hijau berkata...

bangang!

deno berkata...

takdop keje nak baloh gini... base bengong la.... rasa kalu ganu lawang kelatang dok r sapa gini...

AMMAR YASIR berkata...

ReeneeRaaid: Diorang ni tak profesional lah

AMMAR YASIR berkata...

Rozuan Ismail: Penyokong fanatik katakan

AMMAR YASIR berkata...

Belalang Hijau: Sape tu?

AMMAR YASIR berkata...

deno: Dok tahu lah Deno weh