3 Feb 2012

JOSE MOURINHO BAKAL KEMBALI URUS CHELSEA

jose-mourinho-10
Setelah menyaksikan persembahan hambar Chelsea sejak kebelakangan ini kini tibanya masa untuk pemilik Chelsea, Roman Abramovich membawa pulang kembali bekas pengurus Chelsea iaitu Jose Mourinho. Mourinho kelihatan sudah bersedia untuk pulang kembali menjadi pengurus kepada Chelsea musim depan.

Pengurus yang digelar sebagai “The Special One” itu dijangka akan meninggalkan kelab gergasi Sepanyol iaitu Real Madrid pada musim panas ini untuk kembali berkhidmat di kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea.

“Mourinho akan kembali ke Chelsea,” kata sumber paling rapat dengan pengendali dari Portugal itu, malam tadi.

Semasa zaman kegemilangan Chelsea dibawah pengendali, Jose Mourinho ketika dahulu pasukan itu pernah menjulang enam trofi dalam tempoh tiga tahun. Itu adalah detik yang tidak dapat dilupakan didalam sejarah pasukan Chelsea. Jose Mourinho dikatakan sangat teruja untuk melakukan tugas lamanya di Chelsea.

Adakah selepas ini prestasi Chelsea bakal melonjak naik seperti sebelum ini apabila Jose Mourinho kembali mengurus Chelsea? Sama-sama kita saksikan ianya berhasil atau tidak. Adakah eksperimen ini akan menjadi atau sebaliknya?

10 ulasan:

Muhammad Saiazuan Norhalik berkata...

epl makin menarik lepas ni :D

AMMAR YASIR berkata...

Muhammad Saiazuan Norhalik: Harap2 Chelsea semakin improve lepas ni

LidiaSuraya berkata...

hohohoho

harap gitu laaaa
sedey laaa musim ni...

AMMAR YASIR berkata...

LidiaSuraya: PENYOKONG CHELSEA jugak ke?

Makwe Kintan berkata...

Tak tido malam lah suami saya epl nk mula..^__^

AMMAR YASIR berkata...

Makwe Kintan: Peminat fanatik tu. HEEEEEEEEEE......

Lulu Caldina berkata...

wah, laju jer lulu klik...hahaha..
semogalah kan..

AMMAR YASIR berkata...

Lulu Caldina: Yeah!!! Akhirnya penyokong fanatik Chelsea datang komen jgk

shahrazali berkata...

ooooooo....ye ker...Real boleh ker lepaskan dia???AVB pergi Real plak ker???

AMMAR YASIR berkata...

shahrazali: Boleh lah. Yang tu tak pasti. Tak kot