9 Feb 2012

KISAH LAWAK KERETA TIADA ENJIN BOLEH BERGERAK

Volkswagen-Beetle-2Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca setia Blog Ammar.

 

Rasanya dah lama Ammar tak tulis cerita lawak dalam blog ni kan? Kalau ada cerita lawak sebelum ni pun boleh kira dengan jari kan? Ok. Kali ni Ammar nak bercerita satu kisah lawak seorang yang bernama Ali.

 

Pada cuti semester Ali dan keluarganya pergi bercuti di kampung halamannya di Pendang, Kedah. Oleh kerana sudah lama Ali tidak balik ke rumah neneknya akhirnya saat inilah yang paling sesuai untuk Ali ke rumah neneknya. Nenek Ali tinggal bersama mak saudara Ali iaitu Mak Su. Segala makan minum neneknya semuanya diuruskan oleh Mak Su. Datuk Ali telah meninggal dunia dua tahun lepas dan hanya dua orang itu sahaja lah yang menghuni rumah neneknya itu.

 

Pada suatu hari Ali berbual dengan neneknya:

 

Ali: Nenek, bawah rumah tu kereta sape? Unik lah kereta tu, macam kereta katak.

Nenek: Pandai-pandai je kamu ni Ali. Tu bukan kereta katak tu kereta volkwagen arwah datuk kamu dulu.

Ali: Owh… Yeke? Ingatkan kereta sape. Elok lagi ke kereta tu? Boleh Ali bawak kereta tu?

Nenek: Elok lagi kereta tu. Walaupun dah lama tapi tetap boleh naik. Mak Su kamu selalu bawak kereta tu pergi pasar. Ambik lah kereta tu pergi jalan-jalan pusing kampung.

Ali: Yes…. Akhirnya dapat jugak Ali bawak kereta antik macam ni. Terima kasih nenek.

 

Ali memulakan perjalanannya meronda kampung halamannya yang nyaman itu. Melihat permandangan yang cantik dan menghirup udara segar sering diidamkan oleh Ali. Ali menyusuri jalan dengan perlahan-lahan sambil memerhati permandangan sawah padi yang segar kehijauan.

 

Tiba-tiba kereta yang dinaiki oleh Ali berhenti dengan tiba-tiba. Oleh kerana Ali mengambil Jurusan Automotif di salah sebuah IPTA, perkara itu tidak menghairankan Ali kerana dia sangat mahir membaiki enjin kereta yang rosak. Ali terus membuka bonet kereta itu untuk melihat dan memperbetulkan bahagian engin kereta yang rosak itu. Alangkah terkejutnya Ali apabila membuka bonet hadapan kereta itu. Ali bingung dan pelik apabila kereta yang dinaikinya itu tidak mempunyai enjin.

 

Moral the story: Kalau nak jadi mekanik yang berjaya kena pastikan pandai baiki kereta antik dulu. Jangan berlagak pandai sangat. Kan kan?

 

Cerita ini adalah rekaan semata-mata hasil tulisan Ammar sendiri.

4 ulasan:

Yana Libra berkata...

hehe..enjin dia kat belakang kan??? :p

AMMAR YASIR berkata...

Yana Libra: Yes...kat belakang,,,hahahaha

Yana Nanako berkata...

ingatkan cerita hantu la tadi.. huhuhuhu

AMMAR YASIR berkata...

Yana Nanako: Cite hantu? Hahaha...ada ke patut