6 Feb 2012

KOLEKSI GAMBAR KERETA MEWAH DI CHERAS HARTAMAS

cimg2845
Assalamualikum dan salam sejahtera.

Khas untuk anda pembaca setia Blog Ammar kali ini Ammar nak cerita sikit satu kisah kereta mewah di Cheras Hartamas. Semalam habis je test matematik housemate ajak Ammar pergi jalan-jalan KL. Oleh kerana boring tak ada orang seorang pun kat rumah ni Ammar pun ikut lah housemate pergi KL. Destinasi pertama dia ajak pergi ke Cheras Hartamas untuk beli barang.

Dalam perjalanan Ammar tengok banyak rumah-rumah mewah kat kawasan Hartamas tu dan termasuklah super market yang agak ekslusif. Dan bermulalah kisah “kereta mewah” apabila melalui kawasan Hartamas. Ammar tertanya-tanya “Kawasan Hartamas ni kawasan orang kaya-kaya ke?”. Bukan apa, dari awal-awal masuk kawasan Hartamas tu asyik tengok kereta mewah je yang lalu.

Mula-mula tengok kereta mewah biasa-biasa macam BMW, Mini Cooper, Mercedes dan banyak lagi. Tak hairanlah sebab sebelum ni memang dah biasa tengok kereta mewah macam tu. Jalan punya jalan pergh!!!! Meleleh air liur bila Lamborghini Gallardo lalu depan mata.


Nafsuku membara lagi bila melihat keseksian kereta Lamborghini Gallardo. Kalau ikutkan nak berhenti je kereta nak tengok Lamborghini tu tapi nak buat macam mana kan, lampu dah hijau masa tu. Perjalanan diteruskan dan nampak banyak lagi kereta mewah antaranya Porsche, Nissan Skyline GTR, Mercedes Brabus, BMW Z4, Audi dan banyak lagi.

Rasa macam taknak balik je bila pergi Hartamas semalam. First time nampak banyak kereta mewah betul-betul depan mata macam tu. Persoalan disini adakah kawasan Hartamas tu tempat tinggal orang-orang kaya? Ammar tak kaji sangat tempat-tempat kawasan KL sebab baru je tinggal Selangor ni. Tak sampai setahun lagi belajar sini.

Oleh kerana air liur semakin meleleh dengan lajunya Ammar dan housemate pergi ke KLCC pulak jalan-jalan kat Suria KLCC. Nak kata shopping tak kot sebab semalam pergi sana pun just ronda-ronda dan makan je lepas tu balik. Jom layan koleksi gambar kereta mewah ni.

skyline-grt-560x392


mercedes_brabus_slr_2008_1


porsche911turbo26210245kq


porsche-cayenne-2


bmw-z4-12-05-09


704x396_q5090001_large

5 ulasan:

Dr Hafiz berkata...

Tak sangka Ammar ni peminat kereta mewah... Kereta apa yang menjadi idaman Ammar ya?

AMMAR YASIR berkata...

Dr Hafiz: Mmg sejak dari dulu lagi minat kereta mewah. Semestinya Ferrari

maszull berkata...

assalamualaikum Ammar...wah cantik2nya kita mewah tu mama ni mmg teringin kete mewah mcm tu tapi x mampu kot...:)

AMMAR YASIR berkata...

maszull: W'salam. Kalaulah dapat kan? Huhuhuhu

MG schmidt berkata...

minat juga MG tp suka GTR dr ferrari :)

GTR bole kira2 lg nk pakai
ferrari mahal sgt
hoho :)

insyaAllah