3 Feb 2012

MENCARI CAHAYA ILAHI

Nur Muhammad2

 

Ketikaku berada dalam kelukaan dan kehinaan aku mencari-Mu

Mengharapkan redha-Mu setiap detik hidupku

Tanpa mengharapkan dari sesiapa tetapi hanya pada-Mu

Aku begitu jauh meninggalkan jalan kebenaran

Tanpa aku sedar begitu dekat aku dengan lembah kehinaan

 

Aku begitu takut dihina, dibenci, dicaci bukan daripada makhluk-Mu

Tetapi aku sangat takut dihina, dibenci, dicaci oleh Engkau Ilahi

Ya Allah, bukakanlah pintu hatiku supaya ikhlas mencari rahmat-Mu

Aku tidak mengharapkan harta bertimbun-timbun dari-Mu

Aku hanya mahukan cahaya dari-Mu Ilahi

 

Disaat langit masih terbuka untuk menerima taubat hanya satu kupinta

Engkau bukakanlah pintu hatiku supaya bertaubat kepada-Mu

Selagi planet masih bergerak pada paksinya

Bukakanlah pintu hatiku ini supaya ikhlas bertaubat kepada-Mu

Sesungguhnya aku masih mencari cahaya Ilahi.

 

 

Nukilan: Ammar Yasir

Tiada ulasan: