PELAKON LATIFF IBRAHIM MENINGGAL DUNIA

Latiff Ibrahim Meninggal Dunia
Berita terbaru yang Ammar terima di alam maya ini mengatakan bahawa pelakon veteran tanah air iaitu Latiff Ibrahim telah meninggal dunia petang tadi akibat penyakit jantung. Allahyarham Latiff Ibrahim meninggal dunia pada pukul 6.10 petang tadi 20 Februari 2012 di Institut Jantung Negara(IJN).

Allahyarham meninggal dunia ketika umurnya 62 tahun. Adiknya, Khatijah Ibrahim menyatakan jenazahnya akan dikebumikan pada malam ini. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

1 comment... add one now

maszull maszull 20 Februari 2012 10:37 PTG
assalamualaikum ammar...al-fatihah buat arwah...:(