PETUA MANDI SEBELUM SUBUH

mandi_kosongAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Jika semalam Ammar ada berkongsi artikel bertajuk PETUA MURAH REZEKI DARI AMMAR, dan kali ini sekali lagi Ammar akan berkongsi satu lagi petua iaitu petua mandi sebelum subuh. Sebenarnya petua ini dikongsi oleh seorang blogger yang sangat Ammar kagumi iaitu Abang Eqbal Zack.

Kebetulan semalam bangun awal pagi lepas tu update status facebook dan Abang Eqbal Zack datang komen status facebook Ammar tu. Dia cakap “Petua orang tua mandi sebelum azan subuh” ni sebenarnya untuk menyerikan lagi wajah. Abang Eqbal Zack juga kata lebih baik kalau mandi dengan air bukit sebagai contoh air terjun.

Sekarang ni Ammar tak tahu kenapa tiba-tiba jadi rajin untuk ikut petua-petua dari orang tua(Abg Eqbal muda lagi) ni. Kalau sebelum ni dah banyak kali orang cakap pasal petua-petua ni tapi Ammar tak ikut pun. Lepas je amal petua dan petua tu menjadi terus Ammar jadi rajin untuk mencari petua-petua baru.

Sebenarnya Ammar tak berniat pun nak mandi sebelum azan subuh untuk pagi ni, tapi tak tahu kenapa tiba-tiba je terkejut awal. Kunci jam pukul 6 pagi tapi tiba-tiba terkejut dengan sendiri pukul 5.30. Alhamdulillah, inilah yang dinamakan peluang. Terus Ammar curi peluang ni dan akhirnya hari ni Ammar berjaya mandi sebelum subuh.

Tapi dasyat jugak Abang Eqbal tu. Tiap-tiap hari dia mandi pukul 4.30 pagi. Mak ai awalnya. Semoga petua yang dikongsi ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua. Supaya Allah akan menyerikan lagi wajah-wajah kita semua. Amin.

{ 10 comments.. read them below or add one }

Ley Rashid Ley Rashid 11 Februari 2012 7:36 PG
harap jgan mandi je lepas tu tido....sholat kena buat tau...
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 11 Februari 2012 7:43 PG
Ley Rashid: Bhahahaha...kelakar2....betul tu. Solat wajib. Huhuhuhuhu
eqbalzack eqbalzack 11 Februari 2012 7:47 PG
haha..terima kasih ikut petua ni. ni petua arwah nenek abg eq dulu.
abg eq bgn hari2 4.30 pagi, lepas mandi terus study. masa tu otak kosong lagi so bila kita study waktu subuh otak fresh!
abg eq dah amalkan sejak dulu. alhamdulillah dah sampai PhD, untuk jadi pelajar cemerlang selain usaha kena juga berdoa supaya ilmu yg kita baca/dapat tu diberkati...insyaallah berjaya.

ikhlas,
abg eqbalzack
aima aima 11 Februari 2012 10:13 PG
sebb tu abg eq awet muda, life begin at 40...haha..tuggu abg eq 40....

tapi betul tu ammar , my grandma umor 80++ tapinya gagah dan nampak berseri lagi sbb dia pun bangun kul 5 pg mandi air perigi dan kini walau dah xde perigi dia tetap mandi kul 5 pagi, dah masih lagi mengaji quran dengan baik...tajam juga akalnya...
Yatie Awang Yatie Awang 11 Februari 2012 10:31 PG
Alhamdulillah..memang selalu amal macam tu
maszull maszull 11 Februari 2012 12:01 PTG
assalamualaikum ammar...yer betul tu mandi sebelum subuh mmg bagus dan itulah yg mama amalkan selalu...:)
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 12 Februari 2012 10:31 PG
eqbalzack: Sama-sama Abg Eqbal. Thanks atas petua tu
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 12 Februari 2012 10:31 PG
aima: Kalau macam tu lepas ni nak amalkan selalu lah
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 12 Februari 2012 10:32 PG
Yatie Awang: Bagusnya...mesti berseri2 kan?
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 12 Februari 2012 10:32 PG
maszull: W'salam. Patut lah muka mama ni berseri2