PETUA MURAH REZEKI DARI AMMAR

Petua Murahkan Rezeki Dan Dijauhkan Kesulitan Hidup
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat pagi Ammar ucapkan kepada semua. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita semua masih hidup di dunia ini. Kali ini Ammar mahu berkongsi dengan anda semua tips atau petua untuk dimurahkan rezeki.

Rezeki adalah anugerah yang paling bernilai yang dikurniakan dari Allah S.W.T dan banyak cara yang boleh kita lakukan supaya dimurahkan rezeki. Perkara pokok atau yang paling utama untuk dimurahkan rezeki adalah usaha dan doa. Tanpa usaha Allah tidak akan mendatangkan rezeki kepada hamba-Nya secara bergolek.

Selain itu banyak lagi cara-cara lain untuk dimurahkan rezeki oleh-Nya. Sebenarnya tujuan Ammar menulis post kali ini adalah untuk berkongsi kegembiraan dan petua untuk semua. Semoga petua ini dapat memberikan manfaat untuk semua.

Hidup sebagai seorang pelajar tidak dapat lari dari masalah kewangan terutamanya pelajar dari sebuah keluarga yang susah. Terus terang Ammar beritahu sebelum ini Ammar seringkali dihimpit masalah kewangan oleh kerana pinjaman pelajaran belum diluluskan. Seperti pelajar lain yang baru memasuki universiti pasti tidak akan lari dengan masalah kewangan.

Di awal semester memang memeritkan dengan masalah kewangan. Tetapi Alhamdulillah akhirnya pinjaman pelajaran MARA Ammar telah diluluskan dan wang untuk sara diri dan yuran telah dimasukkan di dalam akaun. Insyaallah selepas ini tiada lagi masalah kewangan yang akan dihadapi.

Sebenarnya suka di sini Ammar ingin berkongsikan dua kegembiraan yang Ammar perolehi pada awal pagi ini. Pertama duit pinjaman MARA telah di kreditkan di dalam akaun CIMB Bank dan kedua duit dari Blind.gd juga telah di kreditkan di dalam akaun Maybank Ammar. Setelah menunggu begitu lama akhirnya hari ini merupakan hari yang paling bertuah untuk Ammar.

Alhamdulillah kerana kerana semua ini atas berkat amalan yang Ammar lakukan sebelum ini. Sebelum ini ibu Ammar ada berpesan supaya selalu amalkan solat sunat hajat, tahajjud dan solat sunat dhuha. Alhamdulillah sejak mengamalkan baru sahaja seminggu kebelakangan ini Ammar selalu dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dimurahkan rezeki. Memang sangat nampak perbezaannya dengan sebelum ini. Jika sebelum mengamalkan solat sunat hajat dan dhuha selalunya Ammar tidak merasa tenang dan seringkali kesempitan wang.

Sungguh ajaib kedua-dua solat ini kerana Ammar sendiri dapat merasakan keajaiban dari Allah itu. Alhamdulillah setakat ini Ammar amalkan solat sunat hajat dan dhuha. Semoga amalan ini akan berkekalan sampai bila-bila. Amin. Satu lagi solat sunat yang belum Ammar dapat laksanakan iaitu solat sunat tahajjud. Semoga Allah akan memberikan peluang kepada Ammar untuk melakukan solat sunat tahajjud.

Tujuan Ammar menulis post ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk yang Ammar ini bagus, alim, baik tetapi tujuan utama adalah untuk berkongsi petua yang sangat berkesan untuk semua. Insyaallah jikalau sentiasa mengamalkan amalan ini anda semua juga akan mendapat keajaiban itu dari Allah S.W.T. Bersama-sama kita mengamalkannya semoga mendapat berkat daripada-Nya.

Ingin tahu apa itu BLING.GD? Anda juga boleh membuat duit denganya hanya perlu berkongsi link iklan di laman sosial seperti facebook dan twitter. Sangat berbaloi-baloi kerana dalam masa seminggu Ammar telah mendapat RM100++. Alhamdulillah rezeki daripada-Nya. Untuk daftar KLIK SINI.

IKLAN DARI  MAS KLIK SINI

{ 10 comments.. read them below or add one }

cik helena cik helena 10 Februari 2012 9:37 PG
arini baru 10hb kan,,gaji kte dah semput dah T__T
Afiq Arif Afiq Arif 10 Februari 2012 10:04 PG
solat dhuha membuka pintu rezeki. ;)
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 10 Februari 2012 11:47 PG
Afiq Arif : Ya... betul tu. Antara kelebihannya
KuNanGKuNanG KuNanGKuNanG 10 Februari 2012 12:43 PTG
info yg berguna..lagi 1 petua nak murah rezki ialah sentiasa berdoa tuk kedua ibu bapa kite..jagan sesekali lupa mendoakan mereka..:)
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 10 Februari 2012 1:20 PTG
KuNanGKuNanG: Ermmm....betul tu...doa kat ibu bapa
puteri cahaya. puteri cahaya. 10 Februari 2012 3:57 PTG
terima kasih atas ilmu & perkongsian... jemput singgah blog
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 10 Februari 2012 5:13 PTG
puteri cahaya: Sama-sama. Ok...