4 Feb 2012

PUTUS TUNANG BUKAN KERANA KHAIRUL FAHMI

[UNSET]Sebelum ini kecoh di internet mengenai satu gossip Khairul Fahmi Che Mat menyebabkan seorang gadis putus tunang. Gossip mengenai perkara itu berlaku apabila ada pemilik akaun twitter @MahsiH2 menyebarkan fitnah bahawa gadis yang bernama Leuniey Natasha memutuskan pertunangan dengan tunangnya disebabkan tergilakan penjaga gol kebangsaan Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Bagi mendapat kepastian mengenai gossip itu, Wartawan Harian Metro tampil mendapatkan penjelasan daripada bekas tunang Leuniey Natasha. Bekas tunang Leuniey Natasha berkata bahawa hubungan mereka berakhir pada 14 Januari lalu selepas bertunang pada 16 Disember 2011 tahun lalu. Menurutnya dia terkilan apabila ada individu tertentu mengaitkan Khairul Fahmi dengan hal putus tunangnya itu.

Leuniey-Natasha 1[6]

Menurutnya lagi bekas tunangnya(Leuniey Natasha) tidak pernah membuat pengakuan mahu memutuskan pertunangan kerana penjaga gol kebangsaan itu. Jelasnya lagi, bekas tunangnya itu memutuskan pertunangan tanpa memberi tahu sebab.

Segala teka-teki terjawab. Leuniey putus tunang bukan kerana Khairul Fahmi Che Mat. Kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi. KFCM boleh!!!!

Baca entri sebelum ini mengenai gossip Khairul Fahmi. KLIK SINI

1 ulasan:

suzie rahman berkata...

wah3..perempuan kja kf cm kejar bola.