RUMAH HANGUS TERBAKAR TETAPI KITAB TAFSIR AL-QURAN SELAMAT

Al-quran tidak terbakar
Al-Quran adalah salah satu mukjizat dari Allah S.W.T kerana Allah S.W.T telah berjanji dengan hambanya bahawa Al-Quran akan kekal sehingga hari akhirat. Itulah keistimewaan KALAM ALLAH iaitu Al-Quran. Tadi Ammar ada terbaca satu artikel dari laman web mynewshub.my mengenai satu berita keajaiban Al-Quran.

Cerita ini bermula apabila berlaku satu kebakaran rumah kedai di No.28 Jalan Adil 25/10, Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor pada 31 Januari 2012. Seterusnya sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dikerahkan di lokasi kebakaran untuk memadam api yang semakin marak menjilat rumah  kedai itu.

Keajaiban al-Quran
Apa yang mengejutkan apabila selesai sahaja operasi memadam kebakaran, pasukan bomba dikejutkan dengan penemuan senaskah kitab Tafsir Al-Quran yang langsung tidak terjejas keadaan fizikalnya. Walaupun semua barang berserta rumah itu hangus dijilat api tetapi kitab Tafsir Al-Quran itu langsung tidak terbakar atau hangus dijilat api. Apa yang menghairankan lagi walaupun pihak bomba menggunakan air dalam kuantiti yang banyak untuk memadam kebakaan itu tetapi naskah kitab Tafsir Al-Quran langsung tidak basah dan rosak.

rumah hangus terbakar tapi kitab tafsir Al-quran tidak terbakar
Inilah yang dikatakan kebesaran Allah S.W.T kerana dengan kuasanya dapat memelihara Al-Quran itu. Semoga kejadian ini menjadi iktibar kepada kita semua dan bersama-sama kita renungkan.

{ 12 comments.. read them below or add one }

[PCL] [PCL] 2 Februari 2012 9:56 PG
subhanallah..Allahuakbar !
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 2 Februari 2012 9:58 PG
Allah Maha berkuasa membuat apa sahaja.
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 2 Februari 2012 12:27 PTG
Salam kenal... Thanks sudi datang sini
Cik FaRiZaM Cik FaRiZaM 2 Februari 2012 12:42 PTG
subhanAllah, Allahuakbar, Allah Maha Besar