7 Feb 2012

SIAPAKAH TASHA MANSHAHAR?

Tash Manshahar
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini Ammar nak bercerita pasal satu nama yang tiba-tiba menjadi hot di alam maya sekarang ini iaitu Tasha Manshahar. Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah Tasha Manshahar? Ok. Semalam first time Ammar tengok video nyanyian Tasha Manshahar yang bertajuk “Be Mine”. Lepas tengok sekali sampai hari ni Ammar asyik ulang-ulang je dengar lagu tu, Memang best dan unik dari lagu-lagu lain sebab liriknya gabungan bahasa Melayu dan Inggeris.

Ammar rasa korang pun dah dengar kot lagu “Be Mine” nyanyian Tasha Manshahar tu kot. Kan kan? Lagu tu asyik orang share je dekar facebook sejak akhir-akhir ni. Oleh kerana perasaan ingin tahu Ammar dari semalam hingga hari ini so Ammar pun cari maklumat mengenai Tasha Manshahar ni. Untuk pengetahuan semua Tasha Manshahar adalah seorang artis youtube yang namanya baru meletup di alam maya. Selain lagu “Be Mine”, lagu bertajuk Mr.Saxobeat nyanyiannya juga tidak kurang hebatnya.

Selain daripada itu, Tasha Manshahar juga meruapakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Perguruan di sebuah Maktab Perguruan. Video berdurasi 2:12 minit yang bertajuk “Be Mine” menampilkan Tasha Manshahar dan dua pemain gitar di Clora Studio. Satu lagu yang unik dan sangat awesome. Gabungan dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris menjadikannya sedap didengar dan mudah difahami terutamanya remaja. Lagu ini khas untuk remaja kerana mengisahkan kisah cinta remaja sekarang. Bercinta di facebook. Trend remaja terkini.

6 ulasan:

CekbOlat-bOlat berkata...

OH ! retis baru la yee.. fuuuu baru taww

AMMAR YASIR berkata...

CekbOlat-bOlat: Hahahaha.... ni lah retis baru

Yana Nanako berkata...

sedap lagu tu.. suara dia pun lunak je ;D

laskar pelangi berkata...

ramai benor retisssss youtube skrg..aduhai.dah la gadis bertudung..ermmm

AMMAR YASIR berkata...

Yana Nanako: Sedap kan? Unik je lagu. Suara.... PERGH!!!!

AMMAR YASIR berkata...

laskar pelangi: Biasalah tu. Sekarang kan zaman "Retis". Macam laskar pelangi pn retis jgk kan? Heeeee