TAHAN KENCING BOLEH MENGAKIBATKAN GEMURAH YANG KETERLALUAN

P1010142

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca setia Blog Ammar.

 

Ammar baru je balik dari tournament futsal untuk kelas terakhir kokurikulum semester ini. Letih tu memang sangat letih sebab team Ammar yang main last. Masa Ammar main tu tepat-tepat tengah hari dan matahari memang terpacak masa tu.

 

Oleh kerana untuk kokorikulum futsal ni ada dua kelas iaitu kelas kumpulan 1 dan kumpulan dua so tahu-tahu lah kan? Lelaki bukan ramai sangat belajar kat universiti ni. Kebanyakkannya perempuan. So ada dua team sahaja untuk lelaki. Sebab tu lah kitorang main last.

 

Sebenarnya sebelum main tu Ammar terasa nak kencing tapi tandas dekat gelanggan futsal tu tak ada. So terpaksa lah lupa niat nak kencing, Ammar terus main macam tu je. Bila masuk dalam gelanggan tak tahu kenapa tiba-tiba jadi gemuruh yang keterlaluan. Padahal pertandingan biasa-biasa je pun dan lawan pun member-member sendiri je. Ada yang serumah ada yang sekelas. Oleh itu kajian Ammar mendapati bahawa tahan kencing boleh menyebabkan gemuruh yang keterlaluan.

 

Geram sangat-sangat main hari ni sebab tak skor gol dan main pun tak ada stamina sebab lama tak main futsal. Dekat-dekat exam ni jarang pulak main futsal. Apa-apa pun Ammar tak kisah pun team Ammar dapat nombor dua sebab hadiah memang dah dalam tangan. Dua team je main. So yang kalah atau menang tetap dapat hadiah sebab ada ketegori pertama dan kedua.

 

P1010145

Jom bergambar dengan hadiah dan kasut futsal jap.

{ 7 comments.. read them below or add one }

CekbOlat-bOlat CekbOlat-bOlat 11 Februari 2012 2:25 PTG
hahahaha.. nnt buang siap2..

eh bolat pun baru sudah buat entry mcm ni.. kahkahkah. nk terkucil
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 11 Februari 2012 3:02 PTG
CekbOlat-bOlat: Tandas jauh lah. Huhuhuhuhu
Arra Ahmad Arra Ahmad 11 Februari 2012 3:05 PTG
hehe..takpe..dapat buat kajian free ya ammar..
maszull maszull 11 Februari 2012 8:53 PTG
assalamualaikum ammar...wah dpt tempat kedua n dpt hamper juga..:)
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 12 Februari 2012 10:37 PG
Arra Ahmad: Bhahahaha....entah apa2 kajian Ammar buat tu kan? Heeeeeeee
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 12 Februari 2012 10:38 PG
maszull: W'salam. Dua team je main. Mesti kalah pn dapat hadiah
Tanpa NamaTanpa Nama 23 Januari 2013 7:38 PG
Comment gardez-vous blogueur de compter vos pages vues sur votre blog?