TIADA ISTILAH “MENCUBA” UNTUK BERJAYA

try1Sebenarnya dalam hidup ini semua manusia pernah menggunakan istilah “ingin mencuba” di dalam kehidupannya. Mencuba untuk menjadi manusia berjaya, mencuba untuk menjadi rajin, mencuba untuk menjadi cemerlang, mencuba untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan banyak lagi.

 

Ramai yang mengganggap bahawa istilah mencuba adalah perkara yang baik di dalam kehidupan. Tetapi pada hakikat sebenar istilah “mencuba” adalah perkara yang tidak baik dan tidak patut diamalkan. Sebagai contoh aku ingin mencuba membuat duit dengan blog. Ingin mencuba kerana melihat ramai yang berjaya menghasilkan wang beribu-ribu ringgit dengan blog. Tetapi jauh dilubuk hati kita mengatakan aku tidak yakin boleh atau tidak menghasilkan pendapatan ribuan ringgit sebulan dengan blog.

 

Untuk berjaya tiada lagi istilah “mencuba” yang ada hanyalah istilah “lakukan” atau “tidak lakukan”. Jika anda telah lakukan teruskan dan lakukan sehingga berjaya. Semoga kejayaan menjadi milik anda. Ingat!!! Tiada istilah mencuba untuk berjaya.

2 comments.. read them below or add one

maszull maszull 15 Februari 2012 10:28 PG
assalamualaikum ammar...yer tu lakukn sehingga berjaya...:)
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 15 Februari 2012 10:39 PG
maszull: Insyaallah akan berjaya. Amin.