21 Feb 2012

WAJAH PELAKON ALMY NADIA TERKENA AIR KENCING PONTIANAK

ASTRO ATILIA
Pelakon, Almy Nadia mendakwa dirinya terkena air kencing pontianak semasa penggambaran drama Cinta Emelda dan menyebabkan mukanya bengkak dan menggerutu. Katanya lagi, insiden itu berlaku apabila dia melakonkan babak dikafankan dan selepas mencuci solekan pada wajah tiba-tiba wajahnya kelihatan berubah,

“Ketika itu saya pun takut nak tengok muka sendiri. Sehinggakan, pengarahnya, Bob Ismail meminta saya berehat selama seminggu dan buat rawatan secara tradisional.

Dakwaan bahawa dia terkena air kencing pontianak adalah berdasarkan apa yang diberitahu oleh individu yang merawatnya.

“Selepas itu, saya terus ke Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan dan agak terkejut apabila ustazah yang merawat saya itu memberitahu muka saya terkena “air kencing puntianak”.

Setelah seminggu wajahnya kembali normal tetapi Almy Nadia sekali lagi ditimpa malang apabila kakinya pula membengkak.

“Saya tak tahulah, lepas satu, satu kejadian yang menimpa diri. Tetapi selepas mendapat rawatan di klinik, doktor berkata yang saya terlalu banyak bekerja dan terlalu lama berdiri dengan kasut tinggi. Alhamdulillah, sekarang ini saya rasa sihat sedikit. Nasib baiklah pihak kru produksi memahami dengan situasi saya yang macam-macam ini,” selorohnya.

kesan-terkena-air-liur-puntianak

6 ulasan:

Pesta Jiwa berkata...

Gambar kaki ke tu? X paham aku tgk..kaki blah mana la agaknya tu..tapak kaki ke...

AMMAR YASIR berkata...

Pesta Jiwa; Tgk betol2.... tu lutut kan?

Yana Libra berkata...

Emm..nampak cam lutut..gambar muka xde eh~~

eszyamin berkata...

aku ingat tu gambar muka yg dh disensored..puas aku cari apebenda upenye lutut

Diyana Norman berkata...

pon ade air kencing pontianak? first time dengar huhu

Lydia Miza(Aidyl Azim) berkata...

takutnya kena mcm tu..bkn apa takut tak jmp org yg pandai merawat...