FOTO ZIZAN RAJA LAWAK DI WAD

gambar zizan masuk wad
Gambar, foto Zizan Raja Lawak masuk wad. Pelakon, penyanyi, pengacara dan pelawak terkenal tanah air iaitu Zizan Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak dikhabarkan telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar kira-kira jam 2.30 pagi semalam akibat kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Menurut sumber, Zizan dikatakan mengalami sakit Acute Myositis(Fatigue) atau keradangan otot di seluruh badannya. Keadaan itu menyebabkan Zizan terpaksa ditahan di wad untuk menerima rawatan selanjutnya.
 
Akibat daripada sakitnya itu, Zizan terpaksa membatalkan semua sesi penggambaran termasuklah penglibatannya untuk rancangan Melodi dan Super Spontan.Sama-sama kita mendoakan kesihatan yang baik buat Zizan.

2 comments.. read them below or add one

Yaya Azura aka Naz Azra Yaya Azura aka Naz Azra 30 April 2012 5:29 PTG
radang otot? camne ye?
moga cepat sembuh....