GAJI MINIMUM SEKTOR SWASTA

GAJI MINIMUM SEKTOR SWASTA
Pengumuman Kadar Gaji Minimum Sektor Swasta.
Sempena Hari Pekerja 1 Mei 2012 iaitu hari ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan kadar gaji minimum untuk sektor swasta malam semalam. Dalam siaran langsung menerusi TV1 dan TV3 itu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kadar gaji minimum bagi sektor swasta adalah RM900 sebulan(RM4.33 sejam) untuk Semenanjung Malaysia, manakala bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan(RM3.85 sejam).
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata gaji minimum meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi kecuali perkhidmatan domestik iaitu pembantu rumah, tukang kebun dan seangkatan dengannya. Tarikh mula kuatkuasa pelaksanaan Gaji Minimum Sektor Swasta enam bulan dari Perintah Gaji Minimum diwartakan.
Pengumuman Kadar Gaji Minimum Sektor Swasta sebagai hadiah istimewa kepada semua pekerja swasta di negara ini. Pekerja sektor swasta pasti tersenyum lebar dengan pengumuman yang disampaikan oleh Perdana Menteri semalam.
 
SUMBER: BLOG AMMAR



0 comment... add one now