23 Feb 2012

SELAMAT HARI LAHIR AARON AZIZ

Aaron Aziz sambut hari lahir
Mungkin sudah ramai yang mengingati tarikh 23 Februari ini jika mereka adalah salah seorang peminat setia pelakon terkenal ini iaitu Aaron Aziz. Pelakon yang berasal dari Singapura ini hari telah menyambut ulang tahun kelahiran buat yang ke-36 dan hari ini genaplah usianya 36 tahun.

Selamat Hari Lahir Aaron Aziz
Walaupun usianya telah mencecah 36 tahun, Aaron Aziz kelihatan masih muda dan macho. Apa yang penting populariti artis ini kelihatan semakin meningkat setelah berjaya membawa watak Malek di dalam filem KL Gangster dan juga watak Seth Tan dalam drama Nora Elena. Diharap tahun ini Aaron akan semakin berjaya dalam bidang yang diceburi. Dikesempatan ini Ammar ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir Ke-36 kepada Aaron Aziz.

Twitter Aaron Aziz


Aziz1


Aaron Aziz
Seth Tan?

21 Feb 2012

GAMBAR KERETA MEWAH DATUK LEE CHONG WEI

Ferrari Lee Chong Wei
Siapa sangka hanya dengan bergelar sebagai pemain badminton negara insan bernama Datuk Lee Chong Wei ini mampu memiliki kereta mewah. Tidak hairanlah jika Datuk Lee Chong Wei mampu memiliki kereta mewah ini kerana setiap pertandingan yang beliau sertai sudah pasti mendapat hadiah yang sangat lumayan.

Dikhabarkan Datuk Lee Chong Wei memiliki kereta jenis Nissan GTR, BMW X6 Coupe, Proton Inspira 2.0 dan yang terbaru beliau memiliki super car iaitu Ferrari F430.

Kereta mewah Lee Chong Wei
Sungguh berbaloi atas usaha Datuk Lee Chong Wei selama ini. Usaha mengharumkan nama negara di persada dunia. Tidak hairanlah jika beliau mendapat kemewahan atas usaha selama ini. Apa yang paling penting beliau telah menjadi pemain badminton nombor satu di dunia. Satu gelaran yang sangat susah untuk dimiliki tetapi beliau berjaya memilikinya. Hebat bukan?

Berikut adalah koleksi gambar-gambar kereta mewah yang dimiliki oleh Datuk Lee Chong Wei.

nissan gtr lee chong wei (fajridil.blogspot.com) 3


nissan gtr lee chong wei (fajridil.blogspot.com) 6


nissan gtr lee chong wei (fajridil.blogspot.com) 8


6-1

WAJAH PELAKON ALMY NADIA TERKENA AIR KENCING PONTIANAK

ASTRO ATILIA
Pelakon, Almy Nadia mendakwa dirinya terkena air kencing pontianak semasa penggambaran drama Cinta Emelda dan menyebabkan mukanya bengkak dan menggerutu. Katanya lagi, insiden itu berlaku apabila dia melakonkan babak dikafankan dan selepas mencuci solekan pada wajah tiba-tiba wajahnya kelihatan berubah,

“Ketika itu saya pun takut nak tengok muka sendiri. Sehinggakan, pengarahnya, Bob Ismail meminta saya berehat selama seminggu dan buat rawatan secara tradisional.

Dakwaan bahawa dia terkena air kencing pontianak adalah berdasarkan apa yang diberitahu oleh individu yang merawatnya.

“Selepas itu, saya terus ke Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan dan agak terkejut apabila ustazah yang merawat saya itu memberitahu muka saya terkena “air kencing puntianak”.

Setelah seminggu wajahnya kembali normal tetapi Almy Nadia sekali lagi ditimpa malang apabila kakinya pula membengkak.

“Saya tak tahulah, lepas satu, satu kejadian yang menimpa diri. Tetapi selepas mendapat rawatan di klinik, doktor berkata yang saya terlalu banyak bekerja dan terlalu lama berdiri dengan kasut tinggi. Alhamdulillah, sekarang ini saya rasa sihat sedikit. Nasib baiklah pihak kru produksi memahami dengan situasi saya yang macam-macam ini,” selorohnya.

kesan-terkena-air-liur-puntianak

20 Feb 2012

KEJAM!!! PENGGAL KEPALA KUCING

penggak-kepala-kucing-2
Sangat zalim, itulah yang dapat diperkatakan apabila melihat gambar ini. Seorang lelaki dilihat memegang kepala kucing yang sudah dipenggal. Dimanakah sifat kasihan seorang manusia? Hatta binatang pun mereka sanggup berlaku zalim inikan manusia.

Perbuatan ini memang tidak dapat dimaafkan kerana perbuatan zalim ini merupakan perbuatan yang sungguh keji jika dipandang. Menyeksa binatang yang tiada dosa seperti ini adalah satu tindakan sangat-sangat zalim. Bersama-sama kita membantah dengan kezaliman lelaki ini.

penggla-kepala-kucing-1

PELAKON LATIFF IBRAHIM MENINGGAL DUNIA

Latiff Ibrahim Meninggal Dunia
Berita terbaru yang Ammar terima di alam maya ini mengatakan bahawa pelakon veteran tanah air iaitu Latiff Ibrahim telah meninggal dunia petang tadi akibat penyakit jantung. Allahyarham Latiff Ibrahim meninggal dunia pada pukul 6.10 petang tadi 20 Februari 2012 di Institut Jantung Negara(IJN).

Allahyarham meninggal dunia ketika umurnya 62 tahun. Adiknya, Khatijah Ibrahim menyatakan jenazahnya akan dikebumikan pada malam ini. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

BEZA BLOG LELAKI DAN BLOG WANITA

2729304_700b
Mungkin bagi sesiapa yang suka membaca blog sudah pasti tahu apa perbezaan blog lelaki dan wanita. Secara amnya kebanyakkan blog wanita kelihatan cantik, berwarna-warni, header menarik, bunga situ bunga sini, dan yang pasti ramai blog wanita yang suka meletak lagu. Betul bukan?

Berlainan pula dengan blog lelaki yang simple dan nampak lebih kemas. Apa yang membazakan blog wanita dan blog lelaki? Paling ketara adalah masa untuk loading blog. Blog lelaki sangat laju ketika proses loading manakala blog wanita sangat lambat untuk loading. Sebagai contoh gambar diatas.

Apa yang mempengaruhi proses loading blog? Sudah tentu widget-widget yang ada pada blog itu. Semakin banyak widget semakin lambat proses loading blog.

TIDAK MENUTUP AURAT DI DALAM MASJID

Seksi di dalam masjid

Tak tahu lah dengan perempuan zaman sekarang ni. Semua tempat dia nak seksi tak kira tu tempat suci ke tempat kotor ke. Kalau tempat-tempat maksiat tak hairan lah kan? Ni dalam masjid pun nak seksi-seksi jugak ke? Sedih sungguh tengok perempuan zaman sekarang ni. Banyak dosa tang ke mendedah aurat je. Kan kan?

 

Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita semua. Bukan berniat untuk menjatuhkan maruah seseorang tapi sekadar nasihat sesama Islam. Jangan pulak lepas ni ada yang kata “Kau ni boleh tak jangan sibuk hal aku?”. Kalau tak sibuk macam mana kita nak bentuk masyarakat yang baik kan? Kena sibuk jugak lah kalau tengok benda tu tak kena depan mata. Tak kan nak diam diri je kan?

BATAL NIAT

cool1

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca setia Blog Ammar.

 

Alhamdulillah hari ini cuaca sekitar UPM ni kelihatan baik dan nyaman. Suatu rahmat yang Allah berikan untuk semua yang tidak dapat kita kecapi tanpa kehendak-Nya. Kata orang kita hanya mampu merancang tetapi perancangan Allah melebihi segala-galanya dan segala keputusan atas rancangan kita itu ditentukan oleh Allah S.W.T.

 

Semalam Ammar ada buat satu entri DI SINI dan semalam juga Ammar bercadang untuk bercuti ke Genting Highlands pada hari ini, namun niat untuk ke sana terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Jelaslah di sini bahawa segala perancangan kita ditentukan oleh Allah S.W.T dan bukanlah kita yang tentukan sendiri.

 

Satu yang perlu diingat, mungkin ini ada hikmah disebaliknya. Insyaallah kalau tiada halangan dan rintangan Ammar akan pergi bercuti ke Genting Highlands pada masa akan datang. Hanya Allah sahaja yang dapat menentukan segalanya. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.

19 Feb 2012

CARA UNTUK PERGI KE GENTING HIGHLANDS DARI KUALA LUMPUR

Genting-Highlands-Guide
Alhamdulillah selesai sudah Final Exam hari ini. Lega je rasa fikiran ni lepas exam. Oleh kerana final exam telah pun tamat hari ni maka bermulalah cuti. Cuti dua minggu tidak akan Ammar sia-siakan kerana ini adalah peluang keemasan yang perlu ambil.

Perancangan untuk cuti semester ni Insyaallah esok Ammar akan pergi bercuti ke Genting Highlands jika tiada sebarang halangan atau rintangan. Mungkin akan bertolak awal pagi dari stesen bas kawasan berdekatan Selangor-Kuala Lumpur. Oleh kerana ini adalah kali pertama dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands Ammar memilih bas untuk pergi ke sana.

Setelah mencari maklumat mengenai stesen-stesen yang terdekat Selangor-Kuala Lumpur akhirnya maklumat ini yang Ammar dapat.
Untuk perkhidmatan bas ke Genting Highlands:
Stesen KL Sentral –> Genting Highlands
Stesen Bas Ekspress Jalan Duta --> Genting Highlands
Stesen LRT Gombak -> Genting Highlands

Doakan Ammar selamat sampai ke destinasi yang dituju esok.

18 Feb 2012

Nokia Bluetooth Stereo Headset BH503 Yang Sangat Cool Untuk Anda

1Hi bloggers and readers ,
Saya yakin korang tahu benda ni kan ? Malah dah jadi trend student dan almost teenagers menggunakan gadget ni . Banyak kelebihan die tau , lagipun dalam zaman serba maju ni semua nak wireless . So , why you dont try this kind of gadget ? Seriusly sangat berguna dan style untuk teenagers dan dewasa .

 

Function

The BH-503, it is a A2DP, AVRCP device that allows you to listen to music either by using laptop or phone wirelessly in great stereo quality while being able to control playback too.

Nokia Bluetooth Stereo Headset BH503 Package include
Nokia Bluetooth Stereo Headset BH-503
Nokia Compact Travel Charger AC-5
User Guide Manual
BOX

 

HARGA

1 unit = rm 90
2 unit = rm 85/each
3 unit = rm 83/each
4 unit = rm 80/each
lebih dari 5 unit = rm 75
Warranty: 2 week

 

FAQ :

Q: barang ni barang baru ke?
A: yes..
Q: kenapa barang ni warranty dia 2 week je,nape x lama?
A: sbb saya jual ni pun amik komisyen je.
Q: How to buy?
A: cod or postage.
Q: boleh percaya ke?
A: anda boleh tengok bh503 tu sendiri.
Q : how to order?
A : kalau anda nak beli 1 unit or 2 unit je,leh call saya and dapat bh503 tu
pada hari yg sama. tapi,kalau anda nak beli lebih dari 2 unit,dinasihatkan utk order sehari awal
daripada hari yang anda nak bh503 tu,sebab saya kena amik dengan supplier.

 

HOw to buy:

COD : area Subang airport, subang perdana, kota damansara, LRT kelana jaya.
POSTAGE : RM6
CONTACT Us
ryrinn azman = talian celcom , zero-one-three-two-zero-two-three-zero-seven-three /
talian maxis zero-one- four-seven-five-six-zero-zero-three-five
email = reenlaws92@gmail.com

 

Selanjutnya KLIK SINI

KAPAL TERBANG BERTEMAKAN HELLO KITTY

Khas untuk peminat Hello Kitty. Airport ini berpengkalan di Taiwan. Syarikat penerbangannya mengubah 3 pesawat kepada tema Hello Kitty sebagai daya penarik untuk mendapatkan pelanggan/pengguna. Sangat awesome gambar-gambar ini. Sama-sama kita lihat koleksi gambar kapal terbang Hello Kitty.

GERR_01GERR_02

AZERBAIJAN TOWER BAKAL BANGUNAN TERTINGGI DI DUNIA

Nama diberi Azerbaijan Tower dan bakal menjadi menara yang tertinggi di dunia jika ianya siap sepenuhnya. Bangunan ini bakal di bina pada tahun hadapan dengan ketinggian 3,445 kaki(1, 050 meter) dan bakal menandingi bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa. Menara ini dijangka akan menelan belanja USD 2 Billion.

Jom kita saksikan koleksi gambar-gambar menara yang bakal bergelar menara yang tertinggi di dunia. Sangat cool!!!

towersss_01towersss_02

BERWAJAH PELIK ANGKARA DADAH

halfy
Remaja yang bernama Carlos ‘Halfy’ Rodriguez ini hanya tinggal separuh kepala berikutan kemalangan akibat dadah dan arak. Dia kehilangan sebahagian besar otak dan tengkoraknya setelah terbabit dalam satu kemalangan yang menyebabnya tercampak keluar dari cermin hadapan kereta sebelum kepalanya terjatuh di atas jalan.

Doktor terpaksa memotong sebahagian besar daging dan tengkoraknya untuk menyelamatkan nyawanya dan sejak itu dia terpaksa memulakan kehidupan baru dengan separuh kepala.

Dalam satu video di Youtube, Carlos ‘Halfy’ Rodriguez atau lebih mesra di panggil Sosa menasihati orang ramai supaya tidak mengamalkan tabiat meminum arak dan penyalahgunaan dadah.

halfy2

17 Feb 2012

GAMBAR COMEL NORA DANISH DAN MON RYANTI DI MAJLIS PELANCARAN FILEM AKU TERIMA NIKAHNYA

Gambar Nora Danish
Apabila sebut nama Nora Danish mungkin ramai yang mengenali siapakah empunya nama itu. Tetapi jika sebut nama Mon Ryanti mungkin ada sebahagian daripada kita tidak mengenali siapakah empunya nama itu. Mon Ryanti merupakan artis baru yang namanya sedang naik di arena hiburan tanah air. Sebelum ini Mon Ryanti pernah berlakon filem tempatan antaranya adalah Keramat, Hantu Dalam Botol Kicap dan yang terbaru ini adalah dalam filem Aku Terima Nikahnya.

Selain Mon Ryanti, Filem Aku Terima Nikahnyajuga dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Adi Putra dan Nora Danish selaku watak utama. Berikut adalah beberapa keping koleksi gambar Nora Danish dan Mon Ryanti yang comel ketika majlis doa selamat dan majlis pelancaran filem ini.

Mon Ryanti Aku Terima Nikahnya


Mon Ryanti comel


Mon Ryanti


Nora Danish comel


Nora Danish cute


Nora Danish dalam aku terima nikahnya


Nora Danish


Pelakon baru Mon

16 Feb 2012

HOT!!! NAJWA LATIF DIPANGGIL OLEH GURU DISIPLIN

Najwa Latif

 

Pada suatu hari, di sebuah sekolah di selatan tanah air, bermula la sebuah cerita..

Cikgu : selamat berkenalan… .
Najwa : kita Berkenalan hanya dalam laman muka buku…

Cikgu : sat gi cikgu hantar kau dekat pengetua baru tau…
Najwa : Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooohh uwouwouwo

Cikgu : cikgu sakit hati dah ni ==”
Najwa : hati ku rasa sesuatu

Cikgu : sebelum kamu balik, datang jumpa saya kat office..
Najwa : Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku

Cikgu : atau kamu nak saya hantar kamu dekat pengetua?
Najwa : Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu

Cikgu : cikgu rasa kamu ni dah tak betol..
Najwa : Oh oh benarkah rasa itu…

Cikgu : ingat taw.. sebelum balik nanti kamu datang office jumpa saya!!
Najwa : bagaimana harus bersua… ku rasa gementar tapi bahagia

Cikgu : memang kalau dah ada peluang nak rotan je kamu ni..
Najwa : perlukah kita cari peluang pertama..

Cikgu : saya dah agak hang ni bermasalah..
Latif : walaupun kita tak pernah berjumpaa..ooohh uwouwouwo

Cikgu : otak saya dah sarat dengan macam2 masalah.. Kamu ni buat..
Najwa : Banyak persoalan yang berada di minda =P

Pelajar lain menyampuk : cikgu ni banyak tanya la…

Najwa : Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Cikgu disiplin : cikgu jom pegi lunch dengan saya kejap lagi
Cikgu : Argh, tak nak, nak settle kes najwa ni
Najwa : Otak kata jangan hati pula kata ya =)

cikgu : tak menentu saya di buatnya..
Najwa : Hidup tak menentu adakah ini cinta…

Cikgu : konfius!!!
Najwa : banyak soalan banyak juga jawapannya

Pelajar lain : kalau ikut hati,cikgu kami memang nak bunuh hang ni adoiii
Najwa : kata hati dan rasa tak dibiar saja..

Cikgu Disiplin : masuk bilik saya nak jalankan operasi merotan ni..
Najwa : setiap yg berlaku ada kebaikannya,harus pejam mata dan cuba apa saja..

Cikgu Disiplin : kamu pandang muka saya..
Najwa : Pabila kau renung tajam tajam mata aku

Cikgu Disiplin : cikgu, kau rasa kita nak report kat encik latif ke..
Cikgu : aku rasa baik dipanggil je
Najwa : Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu

Cikgu : Najwa! Ape semuanya ni?
Najwa : Oh oh ini cinta remajaku..

Cikgu : cinta? Dengar baik-baik kata-kata cikgu ni…
Najwa : Dan pabila kau katakan kau suka aku… ^^,
Cikgu Disiplin : sudah., Diam!!
Najwa : Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju…

Cikgu Disiplin : Cikgu! cinta apa yang dia merepek ni?
Cikgu : Oh oh itulah cinta yang satu XP
Cikgu Disiplin , Cikgu , Najwa : Cinta di muka bukuu. =DD

 

Sekadar gurauan semata-mata. PEACE!!!

 

SUMBER: http://nizarazu.com

15 Feb 2012

KOLEKSI GAMBAR BABY BLOGGER FAMOUS, UJANG DAN YANA MIB

Gambar baby Ujang9897
Inilah koleksi gambar baby blogger terkenal Ujang dan Yana MIB. Alhamdulillah Yana MIB semalam telah selamat melahirkan anaknya yang pertama. Baby perempuan ini merupakan permata yang paling berharga buat pasangan suami isteri ini (Ujang & Yana MIB). Tahniah diucapkan kepada mereka berdua kerana dianugerahkan harta yang paling bernilai di dunia ini iaitu anak. Semoga dengan kelahiran bayi ini dapat menambahkan lagi kebahagiaan rumah tangga blogger ini.

Tadi Ammar mendapat berita dari Ujang mengatakan baby ini dan ibunya(Yana MIB) dalam keadaan sihat walafiat. Bersama-sama kita doakan kesihatan kepada kedua-dua mereka ini. Semoga Allah memberkati pasangan ini. Sekali lagi tahniah diucapkan kepada Ujang dan Yana MIB.

Gambar baby blogger famous Ujang dan Yana MIB
Gambar baby dan ibunya Yana MIB.

Gambar bayi baru lahir
Sungguh comel baby ni.

Anak Ujang dan Yana MIB
Sempat lagi buat peace. Hehehehe.

Ujang dan Yana MIB
Pasangan bahagia Ujang dan Yana MIB

ZIZAN DAN JOHAN RAJA LAWAK DITAWARKAN BERLAKON FILEM HINDUSTAN SIRI BARU MOHABBATEIN

Mohabbatein
Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tiada siapa tahu. Jozan atau gabungan nama Johan dan Zizan Raja Lawak sekali lagi menerima tawaran berlakon filem. Jika sebelum ini Zizan telahpun berjaya memain watak lawak di dalam filem KL Gangster, Hantu Bonceng, dan banyak lagi filem-filem lain yang bakal dan yang telah ditayangkan.

Tetapi kali ini Zizan dan Johan telah memecah tradisi pelakon Malaysia apabila berjaya ditawarkan untuk menjadi pelakon utama filem dari India iaitu filem yang bertajuk Mohabbatein versi baru. Jika sebelum ini pelakon asal filem ini dilakonkan oleh aktor dan aktres terkenal dunia seperti Shah Rukh Khan dan Aishwarya Rai tetapi untuk filem Mohabbatein siri terbaru ini pelakon utamanya adalah Jozan Raja Lawak.

Selain Jozan, seorang lagi pelakon dan pengacara terkenal di Malaysia iaitu AC Mizal ditawarkan untuk berlakon filem Mohabbatein versi baru ini. Gambar dibawah adalah gambar poster untuk filem Mohabbatein versi baru 2012. Diharap lakonan dari pelakon Malaysia ini dapat menarik perhatian dunia.

Mohabbatein versi Melayu
Katakan tidak kepada filem cetak romapak!!! Peace….

SAIFUL APEK POSITIF DADAH

saiful apek
Kalau ikutkan isu-isu semasa memang Ammar tidak akan menang tangan sebab banyak isu-isu semasa yang keluar di akhbar, blog, laman web dan sebagainya. Kali ini Ammar mahu berkongsi satu berita mengenai pelawak nombor satu di Malaysia iaitu Saiful Apek.

Tadi Ammar ada membaca berita mengenai perbicaraan kes dadah Saiful Apek ni. Dalam perbicaraan kes dadah itu, seorang anggota polis memberitahu Mahkamah Majistret di Petaling Jaya bahawa pelakon komedi ini didapati positif dadah hasil ujian awal air kencing.

Namun setakat ini Mahkamah belum memutuskan Saiful Apek didapati bersalah atau tidak atas tuduhan memasukkan dadah di dalam badan. Perbicaraan bersambung 27 Mac ini.

INSIDEN PERGADUHAN PENYOKONG KELANTAN DAN SELANGOR DI STADIUM BUKIT JALIL

cswq8
Keputusan Liga Super Kelantan VS Selangor semalam(14/2/2012 ) menyaksikan rekod tanpa kalah pasukan Kelantan dimusnahkan oleh pasukan Selangor. Selangor berjaya menundukkan pasukan Kelantan dengan 2-1. Disebalik kejayaan pasukan Selangor mengalahkan pasukan Kelantan lain pula ceritanya yang berlaku di Stadium Bukit Jalil semalam.

Semalam telah berlakunya insiden pergaduhan antara penyokong pasukan Selangor dan Kelantan di Stadium Bukit Jalil. Menurut sumber dari MEDIA JER DOT COM, insiden tersebut berlaku ekoran provokasi yang dilakukan oleh penyokong Selangor yang menyanyikan lagu “Kelantan Bodoh” dan ada juga salah seorang penyokong Selangor menangggalkan seluar sehingga menampakkan seluar dalam ketika gol pertama Selangor yang dijaringkan oleh Safiq Rahim.
7iGhQ
Provokasi yang dilakukan oleh segelintir penyokong Selangor itu telah membuatkan rasa tidak puas hati penyokong Kelantan sehinggakan  mereka berkumpul di pintu pagar hadapan pasukan Selangor. Di dalam insiden malam semalam, dikatakan sekurang-kurangnya seorang penyokong pasukan Kelantan cedera di kepala akibat dibaling batu.
GhzaK


lgsJe
Berbaloikah kerana bola bergaduh sesama agama dan bangsa? Info lanjut KLIK SINI

TIADA ISTILAH “MENCUBA” UNTUK BERJAYA

try1Sebenarnya dalam hidup ini semua manusia pernah menggunakan istilah “ingin mencuba” di dalam kehidupannya. Mencuba untuk menjadi manusia berjaya, mencuba untuk menjadi rajin, mencuba untuk menjadi cemerlang, mencuba untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan banyak lagi.

 

Ramai yang mengganggap bahawa istilah mencuba adalah perkara yang baik di dalam kehidupan. Tetapi pada hakikat sebenar istilah “mencuba” adalah perkara yang tidak baik dan tidak patut diamalkan. Sebagai contoh aku ingin mencuba membuat duit dengan blog. Ingin mencuba kerana melihat ramai yang berjaya menghasilkan wang beribu-ribu ringgit dengan blog. Tetapi jauh dilubuk hati kita mengatakan aku tidak yakin boleh atau tidak menghasilkan pendapatan ribuan ringgit sebulan dengan blog.

 

Untuk berjaya tiada lagi istilah “mencuba” yang ada hanyalah istilah “lakukan” atau “tidak lakukan”. Jika anda telah lakukan teruskan dan lakukan sehingga berjaya. Semoga kejayaan menjadi milik anda. Ingat!!! Tiada istilah mencuba untuk berjaya.