30 Sep 2013

kerja di rumah

Kerja di Rumah

Kerja di rumah mungkin perkara yang agak jarang diamalkan di negara Malaysia ini. Jarang sekali kita melihat majikan di Malaysia memberi kebenaran kepada pekerjanya untuk bekerja di rumah.

Mungkin mereka tidak percaya kepada pekerjanya atau mungkin majikan tidak biasa dengan sistem bekerja di rumah. Banyak negara-negara maju antaranya adalah seperti United Kiingdom telahpun mengamalkan sistem bekerja di rumah.

Mereka memberi jadual yang fleksibel kepada pekerja mereka. Pekerja mereka boleh memilih waktu kerja dan juga tempat kerja seperti di pejabat ataupun di rumah. Majikan mereka mementingkan kebajikan pekerjanya terutama kepada pekerja wanita yang mempunyai anak-anak kecil.

Mereka boleh memilih bekerja di rumah sambil menjaga anak-anak. Apa yang penting tugas atau kerja yang diberikan harus siap dalam masa yang telah ditetapkan. Tidak menjadi suatu kesalahan bagi mereka yang ingin memilih untuk bekerja dirumah.

Malaysia harus mengikuti negara-negara maju yang lain bagi meningkatkan produktiviti pekerja. Dunia hanya di hujung jari. Jaringan internet memudahkan semua urusan kerja di masa kini.

27 Sep 2013

cara memohon rumah mesra rakyat


Cara memohon rumah mesra rakyat.

Cara memohon rumah mesra rakyat akan diterangkan didalam artikel ini. Siapakah yang layak untuk memohon rumah mesra rakyat? Rumah mesra rakyat yang kini dikenali rumah mesra rakyat 1 malaysia boleh dipohon oleh pemohon yang berpendapatan maksima RM3000 sebulan. Dahulunya, syarat kelayakan adalah pendapatan tidak melebihi RM1500 sebulan kini telah ditukarkan.

Apakah kelayakan memohon rumah mesara rakyat?

  1. Warganegera Malaysia
  2. Pemohon hendaklah berumur di antara 18 hingga 65 tahun.(Pemohon umur melebihi 35 tahun perlu menyediakan penama kedua umur kurang dari 35 tahun)
  3. Berkahwin atau ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
  4. Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM3000 sebulan.
  5. Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah usang yang tidak sempurna.
  6. Mempunyai tanah/tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan/cagaran keatasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akaun/Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada BSN.




Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Jabatan Rumah Mesra Rakyat
di talian 1-300-80-3838 atau 03-26185555. atau melalui spnb.