Bolehkah Ucap " Rest In Peace " (RIP) Kepada Bukan Islam?


Bolehkah kita (Islam) ucap RIP atau "Rest in Peace" bila orang bukan Islam meninggal dunia?



Setiap kali ada kematian bukan Islam pasti ada sesetengah individu Islam yang menyebut " Rest In Peace " (RIP) terutamanya di laman sosial seperti Facebook yang mengkomen "RIP" pada kematian bukan Islam. Namun tahukah mereka apa hukum menyebut RIP? Adakah ia bergantung pada niat seseorang itu?

Penjelasan: 
   
Secara dasarnya Islam membenarkan ucapan yang baik terhadap orang bukan Islam atas dasar kemanusiaan dan penghormatan terhadap hak mereka dalam melaksanakan agama mereka. Ini dapat ditunjukkan dengan penghormatan Rasulullah s.a.w apabila Baginda berdiri menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan Baginda.

Kita dilarang ucap RIP atau "Rest in Peace" pada orang bukan Islam yang meninggal dunia kerana ianya bercanggah dengan Quran dan Hadis. Kita sebagai orang Islam wajib beriktiqad bahawa orang bukan Islam sebaik sahaja mereka mati, mereka akan terus mendapat seksaan di alam barzakh dan kesudahan mereka di akhirat adalah buruk jika mereka tidak sempat beriman. Kita juga dilarang mendoakan keampunan dari Allah untuk orang bukan Islam.
Jika kita berkeyakinan mereka akan mendapat keamanan setelah mati, maka itu boleh merosakkan aqidah kita kerana kita telah bercanggah dengan Quran dan Hadis. 

Akidah Islam seseorang itu yang mati dalam kekufuran tidak akan mendapat keampunan dan rahmat dari Tuhan. Ini berdasarkan ayat al-Quran,

 “ Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabatnya sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu
ahli neraka.
Surah al-Taubah:113

Itu kata Ustaz Azhar Idrus. Walaubagaimanapun Islam tidak menghalang seseorang Islam mengucapkan simpati terhadap keluarga orang bukan Islam yang meninggal dunia dengan ucapan yang tidak memberi implikasi keagamaan seperti “Saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada anda “ atau cukuplah sekadar mengucapkan Takziah..

Berhati-hati lah kita. Wallahu a'lam.

0 comment... add one now