12 Mei 2014

Menteri Besar Baharu Terengganu , Datuk Ahmad Razif


KUALA LUMPUR : Hari ini , 12 May 2014 , Kerusi bagi jawatan Menteri Besar negeri Terengganu telah pun bertukar tangan selepas peletakan jawatan , MB sebelum ini iaitu Datuk Seri Ahmad Said. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berkata Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abd Rahman telah dipilih sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said itu yang telah diperkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abdidin
   
"Dimaklumkan bahawa Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin telah memberi perkenan peletakan jawatan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa 12 Mei 2014.
   
"Baginda telah memperkenankan pelantikan Adun Seberang Takir Ahmad Razif sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa mulai tarikh Yang Berhormat mengangkat sumpah jawatan dan sumpah rahsia di hadapan baginda," katanya.

    
Najib berkata pelantikan itu adalah selaras dengan Syarat (1) Perkara 10 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dibaca bersama-sama perenggan (a) di bawah Syarat (2) Perkara 14.
    
Ahmad pertama kali dilantik sebagai menteri besar pada 23 Mac 2008 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 9 Mei tahun lepas.

                                                                  ~  Sumber  ~

Tiada ulasan: