HIKMAH DISEBALIK PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

Hikmah Peristiwa Israk Mikraj


Disebalik apa yang Allah perintahkan pasti ada hikmahnya , kerana tiap-tiap suatu perintah Allah SWT itu tidaklah sia-sia. Demikian ditunjukkan peristiwa Israk Mikraj yang pasti ada  terdapat beberapa hikmah yang terkandung di dalamnya beberapa pengajaran yang amat berguna bagi umat islam seluruh dunia. Antaranya ialah :_

1 - Dalam perjalanan Israk dan Miraj tepatnya sewaktu Nabi Muhamad saw diajak melihat keadaan neraka. Baginda ditunjukkan berbagai penyeksaan yang amat dahsyat sedang dialami oleh berbagai kaum akibat dari bentuk kejahatan yang pernah mereka kerjakan di dunia. Misalnya baginda bertemu dengan satu kaum yang memecahkan kepala mereka dengan batu besar. Setelah pecah ia kembali lagi seperti sediakala. Malaikat Jibril menyatakan mereka ini orang yang berat kepalanya mengerjakan solat . Nabi Muhamad saw juga melihat lain-lain bentuk penyeksaan bagi pemakan riba,penzina,orang yang suka memfitnah dan lain-lain. Ini semuanya memberi teladan dan iktibar agar kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan perbuatan tersebut dan lain-lain perbuatan yang jelas dilarang oleh Allah swt.

2 - Supaya manusia sentiasa melakukan hubungan dengan Allah dan mengingati-Nya, baik dikala ditimpa kesusahan mahupun dalam keadaan kesusahan. Ini kerana hanya Allah sahajalah yang mampu memberikan pertolongan dan menghilangkan segala kesedihan serta kesusahan pada diri manusia, sebagaimana Nabi Muhamad saw telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadinya Israk Mikraj. Ia memberi pengajaran kepada kita agar sentiasa mendekatkan diri kepada Allah sewaktu mendapat musibah dan permasalahan dalam kehidupan.

3 - Memperlihatkan kebesaran Allah swt sebagai pencipta, agar keyakinan terhadap kekuasanan-Nya benar-benar tubuh di dalam jiwa manusia . Sesungguhnya Allah swt yang menciptakan alam yang serba luas dan indah ini, Dalam Israk Miraj Allah swt memperlihatkan kepada Nabi Muhamad saw akan keagungan dan pelbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam lain, seperti Sidratul Muntaha, Arasy, Syurga dan lain-lain lagi.

4 - Mendapat perintah solat sebagai satu bentuk ibadah. Sesungguhnya kewajipan solat berbeza dengan kewajipan-kewajipan yang lain seperti puasa,zakat dan haji. Lantaran itu kewajipan solat disampaikan oleh Allah swt secara langsung kepada nabi Muhamad saw , tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril. Solat merupakan amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Ini menunjukkan bahawa solat memiliki kelebihan berbanding ibadah-ibadah yang lain. Kita harus bersyukur kerana melalui ibadah solat, seseorang muslim berpeluang untuk berdialog terus dengan Allah.

Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu perintah-Nya , pasti ada hikmah disebaliknya. Wallahualam.

sumber ~ mselim3 blog HIKMAH DISEBALIK PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

0 comment... add one now