8 Mei 2014

Kerusi Menteri Besar Terengganu Bakal Beralih Tangan?


Baru-baru ini , kerajaan Persekutuan Putrajaya telah meminta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari negeri Terengganu agar bersiap-sedia menghadapi rombakan yang dipercayai akan berlaku dalam pucuk pimpinan tertinggi di negeri itu.

Oleh hal demikian , Menteri Besar Terengganu , Datuk Seri Ahmad Said bakal digugurkan sebagai Menteri Besar Terengganu (MB) atas sebab-sebab tertentu mengikut percaturan pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN).

Dua Adun yang disebut-sebutkan untuk menggantikan tempat  Datuk Seri Ahmad Said iaitu Adun Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman, 49, dan Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Ahmad, 45 akan dilantik sebagai exco kerajaan negeri.

Proses pelantikan Menteri Besar baharu di Terengganu sedang dilakukan dan akan berlaku pada bila-bila masa antara 15 dan 18 Mei ini. (2014)

Detik perubahan jawatan Menteri Besar di Terengganu harus dilakukan apabila Datuk Seri Ahmad Said telah menandatangani satu surat persetujuan bahawa beliau akan kekal selama setahun selepas Barisan Nasional menang tipis di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi tempoh selama 1 tahun selepas PRU-13 kerana beliau mahu pemimpin tertinggi di negeri itu berundur secara baik.

Surat sepanjang dua perenggan itu menyatakan Datuk Ahmad  Said akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri selepas setahun dan pada tarikh yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri.







Tiada ulasan: