10 Mei 2014

Malaysia Berpeluang Lihat Hujan Meteor Pada 23 Dan 24 Mei Ini




Pada 23 dan 24 Mei ini , rakyat beruntung kerana berpeluang untuk melihat fenomena hujan Meteor daripada Komet 209P/Linear.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) memberitahu kira-kira 100 hingga 400 meteor sejam dapat dilihat dengan mata kasar pada malam itu.

Hujan meteor itu boleh dilihat di kawasan yang kurang mengalami pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam kawasan itu.

" Titik hujan meteor ini adalah daripada buruj Camelopardalis di langit utara dan dijangka masa puncak hujan meteor ini adalah pada 6UTC hingga 8UTC iaitu dari 2 petang hingga 4 petang waktu tempatan," kata Angkasa dalam kenyataannya hari ini.

Selain keadaan cuaca dan awan tebal, kebarangkalian untuk menyaksikan meteor itu berkurangan sedikit kerana terdapat bulan sabit tua yang akan terbit kira-kira 3 pagi pada tarikh hujan meteor itu.

Justeru itu, orang ramai yang ingin melihat hujan meteor disaranberbuat demikian sebelum bulan terbit iaitu sebelum 3 pagi kedua-dua hari berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22734303 atau Observatori Negara Langkawi di talian 04-9668870. -

                                                                      Sumber

Tiada ulasan: