7 Mei 2014

7 Makanan Anti Pada Penyakit

Setiap penyakit ada ubatnya melainkan mati. Jika Allah takdirkan penyakit ke atas makhluk dan hambaNya, maka tiada siapa dapat menghalangnya. Cuma kita disuruh berikhtiar untuk menghindari penyakit.

Bukan setiap jenis makanan dapat melindungi tubuh dari penyakit, beberapa di antaranya ada yang berfungsi sebagai pembekal tenaga, penyokong proses metabolisme tubuh dan sebagainya.

Tujuh jenis makanan di bawah ini insyaAllah boleh membantu tubuh anda terhindar dari penyakit secara alamiah jika kita sentiasa mengamalnya..

1- Madu

Kita semestinya sudah tahu madu sememangnya makanan yg terbaik utk kesihatan dan menjadi makanan sunnah.

Madu dihasilkan oleh lebah ini berfungsi sebagai antibiotik alamiah dan antiseptik serta mengandungi pelbagai vitamin dan mineral, madu juga mengandungi zat pemacu kekebalan tubuh. Biasanya madu digunakan untuk mengubati alergi, asma, dan masalah pernafasan lain.

2-Yogurt

Yogurt berperanan mengurangkan pertumbuhan bakteria jahat dalam usus, memperbaiki fungsi kekebalan tubuh serta merangsang pengeluaran vitamin K dan mengandungi bakteria baik seperti Acidophilus dan bifidus.

3- Bawang putih


Bawang mempunyai kandungan allicin yg berperanan sebagai antivirus dan antibakteria.

4- Cili Merah (Cayenne)

Cili Merah atau Cayenne dapat merangsang peredaran darah dan mengubati beberapa penyakit pencernaan. Makanan ini mempunyai kadar vitamin A, B, C, kalsium, dan potasium yang tinggi.


5-Halia 

Halia mampu membantu mengeluarkan peluh, meneutralisasi racun, menurunkan demam, mencetuskan pelepasan lendir dan berkesan untuk melegakan pernafasan dan saluran paru-paru.


6-Sayuran Hijau

Sawi,kobis dan salad merupakan beberapa jenis sayur-sayuran hijau yang mengandungi vitamin B12, asam folat, potassium, vitamin A, C, dan K, yang semuanya boleh meningkatkan kekuatan tubuh.

7-Asam

Campuran asam yang seimbang didapati memperbaiki pencernaan dan membantu penyembuhan. Contohnya minuman perahan limau yang dicampur dengan air hangat.






Tiada ulasan: