LIVE TERENGGANU FA VS T-TEAM FC ( 9 May 2014 )


Saingan Liga Super 2014 pada malam ini (9 mei 2014) bermula jam 8:45 mlm di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) yang melibatkan pertembungan dua pasukan adik-beradik iaitu Terengganu FA menentang T Team FC . Walaupun kedua-dua pasukan dari negeri yang sama , namun pasukan dari pantai timur itu saling tidak mengalah , dan begitu optimum mahukan kemenangan. Bagi pasukan Terengganu , mereka semestinya tidak mahu tertinggal mata bagi merebut kejuaraan liga selepas jatuh ke tangga ke-4. 


Kesebelasan utama Terengganu FA menentang T-Team FC pada malam ini. Cuma jurulatih masih belum memastikan penjaga gol mana yg akan layak menjaga gawang. Sama ada , Shamirza atau Hafidz Romly selepas Sharbinee Alawe (penjaga gol utama Terengganu ) tercedera. 



Berikut sejarah keputusan pertembungan Terengganu dan T Team di Liga Super sejak T Team mula beraksi di Liga Super pada tahun 2010:-

2010:
  • Terengganu FA 1-0 T-Team FC
  • T-Team FC 1-1 Terengganu FA 


2011:
  • Terengganu FA 3-2 T-Team FC
  • T-Team FC 0-1 Terengganu FA 


2012:
  • T-Team FC 0-3 Terengganu FA
  • Terengganu FA 2-1 T-Team FC


2013:
  • T-Team FC 2-2 Terengganu FA
  • Terengganu FA 1-0 T-Team FC


2014:
  • Terengganu FA 2-0 T-Team FC


Daripada 9 perlawanan tersebut:-
Terengganu FA menang: 7 kali
T-Team FC menang: 0 kali
Seri: 2 kali

Pasukan manakah yg akan menang nanti? Sama-sama kita saksikan..

0 comment... add one now