Peniaga Nasi Lemak & Pelajar Terkena Simbahan Asid



Unit Forensik sedang melakukan siasatan di tempat kejadian


Dugaan buat sepasang suami isteri yang menjual nasi lemak dan juga seorang pelajar tahun dua apabila diserang dengan simbahan Asid yg menyebabkan cedera di bahagian muka dan badan.

Kejadian itu berlaku apabila pelajar dari Sekolah Rendah Islah, Pendang, singgah ke gerai berkenaan untuk membeli nasi lemak sebagai bekalan ke sekolah di gerai pasangan tersebut.

Ketika kejadian, pasangan peniaga itu Shamsudin Samad, 58, dan Fatimah Shafie, 48, sedang membungkus nasi lemak manakala pelajar tahun dua itu, Abdul Hakim Wafi Abdul Razak sedang menunggu nasi lemak yang hendak dibelinya.

kesan simbahan asid oleh 2 penyerang itu
Ketika itu, ibu pelajar terbabit, Nazriah Abdul Rahman sedang menunggu di dalam kereta dan tidak lama kemudian muncul dua lelaki menunggang motosikal berhenti di hadapan gerai lalu seorang daripadanya bertindak menyimbah sesuatu cecair iaitu asid ke arah pasangan peniaga berkenaan. Simbahan itu turut terkena pada pelajar tahun dua itu.

Sejurus demikian, terdengar anaknya meraung kesakitan sambil menjerit meminta tolong.

Sementara itu, menurut beberapa orang saksi yang melalui tempat kejadian, mereka terdengar bunyi jeritan namun tidak mengendahkannya kerana menyangka ia cuma kemalangan kecil sahaja.




Ketua Polis Daerah Pendang Deputi Superitendan Abdul Aziz Ahmad berkata, ketiga-tiga mangsa yang cedera itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar selepas mangsa dikatakan melecur hampir 60 peratus.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau bahan berbahaya.

Foto by - Daily Trafic Report ~


                                                                        sumber



0 comment... add one now