CADANGAN MENU BERBUKA PUASA

CADANGAN MENU BERBUKA PUASA ( Ringkas )

1. Ayam Masak Cendawan Ala Cina
2. Pajeri Nenas
3. Mee Hailam
4. Ketam Bertelur
5. Ayam Kepak Masak Minyak Bijan


1 - AYAM MASAK CENDAWAN ALA CINA

BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam
- 8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam
- 1 inci halia - dihiris
- 1 biji bawang besar - dihiris
- 6 ulas bawang putih - dicincang
- 4 ~ 5 tangkai cili padi
- Sedikit kicap lemak manis
- Sedikit sos tiram

CARA MEMASAK:
1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil-kecil. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong (memanjang).
2. Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap.
4. Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau.
5. Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa).
6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).



2 - PAJERI NENAS

BAHAN-BAHAN:
- Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga ( Rempah tumis )
- Sedikit serbuk kunyit
- 4 biji bawang merah ]
- 2 biji bawang putih ] Dihiris memanjang
- Biji sawi
- gula sikit
- garam secukup rasa
- Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus)
- Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air

CARA MEMASAK:
1. Tumiskan bahan-bahan untuk rempah tumis tadi , masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukkan serbuk kunyit.
2. Kemudian masuk nenas yang sudah siap toskan, gula sikit dan garam secukup rasa.
3. Selepas itu masukkan pula lada dan biji sawi ( Jangan sampai lunyai )



3 - MEE HAILAM

BAHAN-BAHAN:
- 1 kg mee/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
- 6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan)
- rencah ayam/udang/sotong
- sos tiram
- garam secukup rasa
- 6 biji cili api
- 3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
- sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)

CARA MEMASAK:
1. Tumiskan bawang putih dan cili api.
2. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
3. Masukkan sos tiram setengah botol kecil.
4. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah.

5. Masukkan sayur-sayuran dan mee.



4 - KETAM BERTELUR

BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua.
- 3 sudu sos tiram
- 3 sudu sos cili
- 3 sudu cili yang dah diblend
- 7 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih yang agak besar
- sepotong halia
- sebiji telur
- garam
- sedikit gula
- sedikit minyak untuk menumis
- bawang besar

CARA MEMASAK:
1. Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya
2. Masukkan secawan air
3. MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit
4. Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa
5. Bila semua sudah nampak sebati, masukkan telur yang telah dipukul,

6. Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul.



5 - AYAM KEPAK MASAK MINYAK BIJAN

BAHAN-BAHAN:
- Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah
- Sesame oil/Minyak bijan
- Serbuk lada hitam
- Fish sauce/Sos ikan
- Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2)
- Sos tiram

CARA MEMASAK:
1. Sapukan ketul-ketul ayam dengan minyak bijan, sos tiram, sos ikan (secukup-cukupnya). Campurkan bawang putih yg dihiris. Perapkan lebih kurang 1 jam.
2. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan).

3. Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi.


0 comment... add one now