MANGSA KEMALANGAN DI JAMBATAN BUKIT KUANG , KEMAMAN MENINGGAL DUNIA

Mangsa Kemalangan Di Jambatan Bukit Kuang ,Kemaman  Meninggal Dunia



Mangsa kemalangan kereta yang jatuh di Jambatan bukit Kuang telah disahkan meninggal dunia pada pagi tadi di HTAA, Kuantan. Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia di hospital tersebut pada jam 8.30 pagi tadi

Pada kejadian 4.45 petang 24 Jun lalu, Kereta yang dipandu Nazlie Ali,27, dikatakan gagal dikawal selepas melalui satu selekoh di situ sebelum melanggar penghadang jambatan. Akibat dari rempuhan kuat kereta yang dipandunya itu berpusing sebelum terjatuh dari jambatan terbabit. Kereta yang dipandu mangsa jatuh pada ketinggian 15 meter.

Mangsa yang memandu bersendirian dikatakan dalam perjalanan dari arah Kuantan untuk pulang ke Kampungnya.

Sebelum ini spekulasi di laman - laman sosial yang mengatakan bahawa mangsa adalah salah seorang suspek yang dikehendaki oleh pihak polis diatas pelbagai kesalahan jenayah adalah tidak benar sama sekali. Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah , Superintendan Che Suza Che Hitam

Ketika dihubungi,beliau berkata pihaknya telah membuat semakan dan didapati mangsa tiada di dalam senarai orang yang dikehendaki

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah membuat spekulasi di laman sosial tanpa mendapat pengesahan daripada pihak yang sepatutnya.

Jenazah mangsa akan dibawa pulang ke kampung halamannya untuk dikebumikan.

Innalillahhiwainnailaihirojiun...
~AL-FATIHAH~ Semoga ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.

Info ~ Daily Traffic Report

P/s- Setiap yang hidup pasti akan merasai mati..



0 comment... add one now