16 Jul 2014

AJAL KETIKA TADARUS AL- QURAN

Ajal ketika Tadarus Al-Quran


Ku Iqbal Ku Md Khir , 14 tahun , pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK) menghembuskan nafas terakhirnya ketika sedang bertadarus al-Quran, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.35 pagi tadi apabila Ku Iqbal tiba-tiba rebah di sisi kawannya.

Ini adalah kejadian pertama kali berlaku di sekolah itu, menurut Penolong Kanan Kokurikulumnya. Ku Iqbal secara tiba-tiba yang ketika itu sedang membaca ayat al-Quran kelihatan sedang menundukkan kepalanya secara perlahan-lahan sebelum rebah.

Sebelum kejadian, semua pelajar diarah mengikuti majlis tadarus al-Quran yang diadakan setiap pagi pada bulan Ramadhan di surau di sekolah itu.

Sejurus kejadian itu, pihak sekolah tersebut segera menghubungi ambulans dan memaklumkan kepada ahli keluarganya kira-kira jam 8.00 pagi.

Pemeriksaan awal doktor mengesahkan bahawa dia meninggal dunia di tempat kejadian.

Penolong Kanan Kokurikulum , berkata “Kejadian ini amat menyedihkan kami semua warga sekolah kerana dia seorang pelajar yang baik, ceria dan mendengar kata.” Tambahnya, " pihak sekolah  melancarkan kutipan derma kilat untuk membantu keluarganya menguruskan jenazah."

Jenazah Ku Iqbal kemudian di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat. Jenazahnya disembahyang dan dikebumikan dekat Masjid Alor Semela di sini, selepas solat Asar tadi.

~ Laporan asal ~ Sinar Online

# Pengakhiran yang baik, ditambah pula pada bulan yang mulia..

Tiada ulasan: