12 Jul 2014

ALEXIS SANCHEZ SERTAI ARSENAL

Alexis Sanchez Sertai Arsenal

Bekas pemain Barcelona dan penyerang antarabangsa Chile, Alexis Sanchez secara rasminya telah bersetuju untuk menyertai kelab dari England, Arsenal dan telah menolak tawaran dari Liverpool kerana tidak berminat. Sanchez telah menandatangani kontrak bersama Arsenal dengan yuran perpindahan sebanyak £30 juta.


Alexis Sanchez , 25 tahun , telah membuat sebanyak 88 penampilan bersama Gergasi Sepanyol, Barcelona dan telah menjaringkan 39 gol dalam tiga musim di Nou Camp. Sanchez yang baru sahaja pulang dari kejohanan Piala Dunia 2014 di Brazil mewakili negaranya Chile, telah menjalani ujian fizikal dan kesihatan pada petang khamis bersama Arsenal.

Pada kejohanan Piala Dunia 2014 di Brazil, Sanchez telah menjaringkan 2 gol membantu negara kelahirannya. Chile berjaya mara ke 16 pasukan terbaik selepas memperoleh naib juara kumpulan B. Bagaimanapun, Chile gagal mara ke pentas suku akhir pada pusingan kalah mati menentang Brazil melalui sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1.

Arsenal telah berjaya mengikat Sanchez dalam perebutan bersama Juventus dan Liverpool. Perpindahan ini merupakan pembelian kedua paling mahal dalam sejarah The Gunners.

Sanchez dijangka membuat penampilan pertamanya pada awal bulan ogos bersama Arsenal. Pengurus Arsene Wenger, berharap Sanchez akan mempamerkan aksi yang cemerlang bersama Arsenal musim depan selepas permainannya yang mantap ditunjukkan ketika perlawanan Piala Dunia baru-baru ini.

Tiada ulasan: