12 Jul 2014

ANGKA KORBAN DI GAZA MENINGKAT LAGI

Mangsa Serangan Di Gaza Meningkat Lagi Kepada 121 Orang



GAZA : Angka korban rakyat Palestine dalam serangan awal Sabtu di Semenanjung Gaza meningkat seramai 16 orang, menjadikan jumlah keseluruhan yang terbunuh mencecah 121, menurut kata pasukan perubatan.

Hari ini merupakan hari ke-6 keganasan rejim Zionis melakukan serangan bom ke atas Palestine.

Serangan terbaru mengakibatkan tiga terbunuh di Tufah, timur Bandar Gaza. Serangan dilancarkan selepas dua terbunuh dalam satu letupan di sebuah pusat kebajikan di Beit Lahiya, utara Gaza, dan tiga lagi maut di barat Bandar Gaza.

Awal hari ini, empat dilaporkan maut di Jebaliya, utara semenanjung Gaza manakala dua lagi di bahagian selatan Deir el Balah. Serangan itu turut melibatkan masjid serta rumah para pegawai Hamas di Wilayah berkenaan.

Jumlah mangsa korban rakyat Palestine meningkat menjadi 121 orang dengan kerakusan Israel melancarkan serangan ke atas Gaza sejak selasa lalu.

Rejim zionis juga telah memanggil  40,000 tentera simpanannya dan mengugut akan melancarkan operasi darat bagi mengekang roket oleh kumpulan pejuang Palestine, Briged Al-Qassam. Briged Al-Qassam telah melancarkan serangan balas keatas Jerusalem dan Tel Aviv, namun, setakat ini tiada rakyat Israel yang terbunuh.


Tiada ulasan: