BAGAIMANA MENGECAS iPHONE DENGAN LEBIH PANTAS?

Bagaimana Mengecas iPhone Dengan Lebih Pantas?



Penggunaan Plug


  • Salah satu cara untuk memastikan iPhone anda dicas dengan lebih pantas ialah dengan menggunakan plug yang tersedia ketika pertama kali anda membeli. Perkara ini ada dipaparkan pada laman rasmi Apple.
  • Bagi mendapatkan cas yang paling pantas, sambungkan iPhone anda kepada plug dinding bersama-sama dengan kabel yang di datangkan sekali bersama iPhone anda.

Padam atau Matikan iPhone

  • Cara yang ni agak leceh tapi elok lah kalau nak cas dengan lebih pantas. Cuma perlukan matikan iPhone dan biarkan ia dicas. iPhone yang masih aktif kurang menerima cas-cas yang dihantar kerana digunakan untuk kerja-kerja lain seperti tetapan dan lain-lain.

Kurangkan Haba Sekeliling

  • Dalam erti kata lain, "keep it cool". Pancaran matahari yang menghasilkan haba dapat mengurangkan prestasi bateri anda. Elakkan menyimpan-nya di dalam laci seperti laci kereta (dashboard) atau tempat yang mampu menyerap haba.
  • Sekiranya iPhone anda mula panas ketika dicas, cabut kabel dan matikan untuk beberapa minit sehingga sejuk. Suhu terbaik bagi peranti iPhone ialah 25 darjah celcius.

Penjagaan Bateri

  • Akhir sekali, Apple memberikan beberapa tip untuk menjaga serta memastikan bateri anda tahan lama dan kurang penggunaannya.
  • Bagi menjaga bateri lithium, pastikan anda membuat ‘cycle charge’ sekurang-kurangnya sebulan sekali. Caranya adalah cas iPhone anda sehingga 100% dan gunakan iPhone sehingga baterinya betul-betul habis dan terpadam.

sumber ~ rotihanguz.rc.my/

1 comment... add one now

Miss Vee Miss Vee 11 Ogos 2014 9:00 PTG
This Is What You Really Want !!
Something That Beyond Your Imagination !! >>> CLICK HERE !!