DATUK SHARIFAH AINI MENINGGAL DUNIA

Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia



Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar atau lebih mesra di kenali sebagai panggilan Kak Pah telah disahkan meninggal dunia pada jam 1.26 pagi tadi, 5 Julai bersamaan 7 Ramadan 1435H di ICU Hospital Pakar Damansara , Petaling Jaya. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 61 tahun akibat jangkitan pada paru-paru.

Jenazah Allahyarhamah akan dibawa ke Masjid At Taqwa, TTDI selepas waktu Subuh dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor. Sebelum ini Allahyarhamah dilaporkan stabil selepas dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat kesukaran bernafas. Allahyarhamah disahkan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Allahyarhamah meninggalkan seorang anak, yang bernama Aliff Omar.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Al-Fatihah...

0 comment... add one now