DIGI MAHU BAYAR KOS BAIKI KERETA KEDUA-DUA PIHAK

Digi Mahu Bayar Kos Baiki Kereta kedua-dua pihak 

Susulan kes amukkan seorang wanita selepas keretanya dilanggar secara tidak senjaga, Digi Telecommunications telah menawarkan untuk membayar kos baik pulih kenderaan kedua-dua pihak yang terbabit dalam kejadian itu.

Pemandu wanita terbabit dilihat hilang sabar dan menggunakan Stereng Lock untuk memarahi sambil menghentak-hentak kereta milik warga emas terbabit.

Digi melalui laman Facebook rasminya berkata, mereka akan membayar kos baik pulih kereta lelaki terbabit kerana sifat simpati yang ditunjukkannya.

Syarikat telekomunikasi itu juga menawarkan untuk membayar ganti rugi kepada wanita terbabit sekiranya dia “dapat memaafkan lelaki warga emas itu”.


Dipetik dari ~ Astro Awani 

0 comment... add one now