FELIXIA YEAP SAH MASUK ISLAM

Felixia Yeap Sah Masuk Islam



FELIXIA YEAP, bekas model majalah dewasa Playboy dan kini merupakan model pakaian muslimah terkenal telah selamat memeluk Islam pada tepat jam 6:30 petang kelmarin, 3 Julai 2014 bersamaan 5 Ramadhan 1435H.

Perkara ini dimaklumkannya sendiri oleh Felixia menerusi status Facebooknya.

  " Jam 6.30 petang tadi , saya telah selamat mengucap syahadah saya di sebuah masjid di TTDI .

    Alhamdulillah , selamat bergelar seorang Muslimah walaupun diberi extra dugaan hari ini."


Sebelum ini , Felixia mengatakan bahawa beliau akan memeluk Islam pada hari ke-5 Ramadhan sempena hari kelahirannya. Felixia juga berkata, semasa berlangsung upacara pengislamannya , beliau tidak mahu pihak media membuat sebarang liputan serta merahsiakan lokasi dan waktu pengislamannya sebelum ini, dan mengatakan lafaz syahadah adalah di antara dia dan yang Maha Esa...

Felixia juga mengatakan majlis pengislamannya itu sebagai " Kelahiran Semula " baginya dan turut menyatakan kesyukuran atas kehadiran sahabat-sahabatnya pada hari 'kelahirannya'..

Bagaimanapun , Felixia masih belum memaklumkan nama Islamnya..



p/s - Alhamdulillah... semakin bertambah umat Islam.

0 comment... add one now