16 Jul 2014

FENOMENA DITINDIH KETIKA SEDANG TIDUR

Fenomena Ditindih Ketika Sedang Tidur


Fenomena ini dipanggil sebagai " Sleep Paralysis ". Situasi ini mungkin selalu dialami oleh kita semua. Fenomena ini terjadi di mana kita terjaga daripada tidur ( dalam keadaan sedar ) dan secara tiba-tiba ada sesuatu yang berat sedang menindih tubuh kita dan tidak mampu berbuat apa-apa. Tidak kurang juga yang mengaitkan fenomena ini dengan kewujudan hantu atau syaitan yang dikatakan ‘menggangu’ manusia yang sedang tidur. Sukar untuk mengetahui kebenaran hal tersebut kerana tiada bukti mahupun teori kukuh yang dapat mengaitkan fenomena ini dengan gangguan hantu atau syaitan.

Fenomena ini telah dikaji oleh pengamal perubatan barat yang menamakan fenomen ini sebagai “ Sleep Paralysis “ ataupun kelumpuhan sementara semasa tidur. Sleep Paralysis ini mungkin menyebabkan kita berasa takut, terutamanya jika kita ‘ternampak, terasa atau terdengar’ sesuatu yang sebenarnya tiada di situ. Ia mungkin terjadi sekali atau berkali-kali dalam masa semalaman.

Apakah itu ' Sleep Paralysis '  ?

Sleep Paralysis adalah perasaan dimana individu itu sedar tetapi tidak dapat bergerak. Ia terjadi ketika seseorang itu sedang melalui peringkat antara terjaga dan tidur. Ketika ia berlaku, kita tidak dapat bergerak atau bercakap untuk beberapa saat atau beberapa minit. Mengikut pakar, kejadian ini sering terjadi ketika seseorang itu terlampau letih dan keinginan untuk tidur itu terlampau kuat tetapi otak gagal ‘menerima mesej’ yang cuba disampaikan oleh tubuh.


Adakah ' Sleep Paralysis ' merbahaya?

Para pengkaji menyimpulkan bahawa dalam kebanyakkan kes, Sleep Paralysis adalah hanya petanda bahawa badan kita tidak bergerak secara teratur semasa dalam peringkat-peringkat tidur. Jarang sekali dijumpai kes dimana Sleep Paralysis ini berhubung kait dengan masalah psikitari yang tersembunyi.

Bilakah ' Sleep Paralysis ' ini berlaku?

Sleep Paralysis biasanya terjadi sekali dalam masa tertentu. Jika ia berlaku ketika kita sedang tidur, ia dipanggil hypnagogic atau predormital. Jika ia berlaku ketika kita terjaga pula, ia dipanggil hypnopomicatau postdormital.

Hypnagogic atau Predormital - Ketika kita mula tidur tubuh akan menjadi tenang secara perlahan-lahan. Selalunya kita akan mejadi kurang peka, jadi kita tidak akan perasan sebarang perubahan yang belaku. Bagaimanapun, jika kita masih sedar/peka ketika mula tidur, kita mungkin perasan bahawa kita tidak dapat bergerak atau bercakap.

Hypnopomic atau Postdormital - Ketika tidur, badan kita saling bertukar-tukar antara tidur REM(rapid eye movement) dan tidur NREM (non-rapid eye movement). Satu kitaran REM dan NREM bertahan selama 90 minit. Tidur NREM berlaku dahulu dan mengambil 75% dari masa tidur kita. Semasa tidur NREM, badan menjadi relaks dan menyimpan tenaga semula. Pada akhir NREM ini, tidur kita akan berubah kepada tidur REM. Mata akan bergerak dengan lebih cepat dan mimpi pun terjadi pada tahap ini, tetapi seluruh tubuh kekal relaks. Otot badan akan “turned-off” ketika tidur REM ini. Jadi, jika kita masih sedar atau tersedar sebelum berlakunya kitaran REM ini, kita mungkin akan perasan bahawa kita tidak dapat bergerak atau bercakap.

Apa-apapun selalu amalkan membaca Ayat Qursi dan Surah 3 Qul sebelum tidur, yang diajar oleh Islam. Inya Allah tidur kita dijaga oleh-Nya..


Perkongsian informasi oleh ~ Ejen Info

1 ulasan:

eima berkata...

mcm2 teori omputeh dan pengamal perubatan moden tp kadang alam ghaib kita tak nampak .. so aku percaya kedua2 nya ....