TWEET BUNG MOKHTAR " KIKI BUKTI PEMANDU WANITA PANAS BARAN "

Kiki Bukti Pemandu Wanita Panas Baran - Bung Mokhtar



MP Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin setelah mencetuskan kontroversi dengan kenyataan " Long Live Hitler " baru -baru ini ,  kini dia kembali menghidupkan kontroversi lagi di laman sosial Twitternya.

Kali ini, kes yang kian hangat diperkatakan iaitu " wanita mengamuk kereta dilanggar " seorang lelaki berumur, yang dikenali sebagai Kiki atau nama sebenarnya Siti Fairrah Ashykin.

Bung menulis beliau pernah berkata pemandu wanita adalah panas baran dan kenyataan itu yang dikritik ramai, telah dibuktikan oleh Kiki.


Pada tahun 2011, Bung mendakwa cara pemanduan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus mengundang kemalangan.

Beliau berkata, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah kepada risiko kemalangan.

Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup menunjukkan isyarat tangan sekiranya pemandu lain membunyikan hon.

‘‘Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita.

‘‘Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup tunjukkan isyarat tangan,” katanya di Dewan Rakyat.

Kenyataan itu mendapat kritikan hebat daripada kaum wanita.

Baru-baru ini, Bung yang menulis tweet " Long Live Hitler " selepas kemenangan Jerman di dalam aksi separuh akhir Piala Dunia 2014, dikecam masyarakat Malaysia dan dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tweet yang ditulis oleh Bung “tidak boleh diterima dan salah”.

Bung kemudiannya  memohon maaf di atas kenyataan tersebut dan memadamkan tweet itu.


~ Astro Awani ~

0 comment... add one now