LELAKI MAUT BUNUH DIRI DI BANGSAR SHOPPING CENTRE

Lelaki Maut Bunuh Diri Di Bangsar Shopping Centre


Seorang lelaki berusia 20-an maut selepas terjun dari tingkat empat di Pusat Membeli Belah Bangsar Shopping Centre kira-kira 1 tengah hari tadi. Kejadian itu berlaku selepas lelaki berkenaan dikatakan bergaduh dengan ibunya.

Seorang saksi memberitahu dalam kejadian itu mangsa dipercayai naik ke aras tingkat empat secara berseorangan sebelum bertindak nekad untuk terjun dari tingkat tersebut.

Kata jurucakap keselamatan Pusat Membeli Belah itu, "Semasa kejadian, orang awam memberitahu kami ada orang hendak membunuh diri. Sebaik tiba ke lokasi kejadian mangsa sudah terjun. "

Ekoran itu mangsa maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan di kepala sebelum di bawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner , Muhammad Azlee Abdullah berkata, " pihak polis sedang berusaha mengesan waris mangsa."

0 comment... add one now