11 Jul 2014

LUIS SUAREZ BERPINDAH KE BARCELONA

Luis Suarez Berpindah Ke Barcelona

Barcelona dan Liverpool akhirnya telah mencapai persetujuan untuk perpindahan Luis Suarez dari Liverpool selepas seminggu berunding. Penyerang sensasi Liverpool itu, secara rasminya akan menyertai Barcelona
musim depan dengan yuran perpindahan sebanyak £75juta dan mengikat kontrak selama 5 tahun apabila Liverpool setuju melepaskannya.


Luis Suarez, penyerang berbisa Liverpool yang juga penjaring terbanyak di Liga Perdana Enggeris dan pemenang kasut emas menunjukkan prestasi yang begitu cemerlang sehingga diintai banyak pihak sebelum beli oleh gergasi Sepanyol ini.

Suarez akan bergerak ke Nou Camp untuk ujian perubatan minggu depan. Suarez akan diumumkan sebagai pemain Barcelona selepas menamatkan formalitinya , dan tidak dibenarkan diperkenalkan di Camp Nou
kerana masih dalam pergantungan oleh FIFA. Suarez merupakan pemain kontroversi dan paling bermasalah apabila sekali lagi melakukan kesalahan dengan gigit pemain Itali, Giorgio Chiellini ketika Uruguay menentang Itali dalam saingan Piala Dunia baru-baru ini.

Suarez berkata: " Berat hati saya untuk meninggalkan meninggalkan Liverpool dengan kehidupan yang baru. Saya telah jatuh cinta dengan peminat yang luar biasa. Saya harap anda semua faham mengapa saya telah membuat keputusan ini . Terima kasih sekali lagi kepada anda semua. Jangan sekali-kali  Walk Alone."



Tiada ulasan: